Di Venom 2 ini, hero Eddie Brook dan Venom akan bertemu dengan karakter baru bernama Carnage. Carnage hadir karena seseorang bernama Cletus Kasady pada saat itu sedang ditulis kisah hidupnya oleh Eddie Brook.
Cletus telah mencetuskan kemarahan Eddie dengan menyakitkan hatinya dan Venom yang berada di dalam badannya marah dan secara tiba-tiba Cletus mengigit tangan Eddie dan simbiot Venom telah masuk ke dalam badan Cletus dan me jadi Venom merah.
Dan pada yang sama Cletus mempunyai kekasih yang bernama Francis mempunyai kuasa bunyi dari mulutnya dan diselamatkan oleh Cletus dan simbiotnya bernama Carnage di facilities rahsia.
Eddie dan Venom terpaksa menghalang mereka dan dibantu oleh Anne. Bekas kekasih Eddie dalam memerangi Carnage, Francis dan Cletus.
Dan anda kena lihat lihat ler bagaimana mereka bergaduh sebab Carnage ni simbiot merah dianggap sebagai simbiot terkuat.
Rating VENOM: Let There Be Carnage ni saya berikan 4/5. Agak rendah untuk sebuah filem Marvel kerana jalan ceritanya dan munculnya Simbiot ni terlalu mudah. Andai kata Cletus tak gigit tak jadi Carnage tu. Tak best bab tu.
Yang best ialah jalan cerita memang kelakar. Dimana Eddie dan Venom ni sering bergaduh dan akhirnya ia keluar dari badan Eddie dan mengembara sendiri.
Namun kita tahu mereka berdua adalah pasangan serasi dan itulah kekuatan mereka menentang Carnage.
Anne sepatutnya kalau tiada dalam jalan cerita ni tak per. Tapi ia diselitkan juga mungkin kerana kekuatan wataknya dalam Venom 1.
Keseluruhan jalan cerita VENOM: Let There Be Carnage ini penuh dengan unsur jenaka dan inilah kekuatan filen Venom. Kelakar ni saya maksudkan raksasa yang kelakar, so anda kena fahami memang best ler. Memang best!!!
Akhirnya mereka berdua menjadi buruan pihak berkuasa dan seperti biasa akhir filem ini ialah kemunculan Spiderman, identitinya di didedahkan.
Apakah peranan Venom dalam sequel Spiderman ini?