Review Air Force The Movie: Selagi Bernyawa 2022 - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Review Air Force The Movie: Selagi Bernyawa 2022


Air Force The Movie: Selagi Bernyawa 2022

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ini ditayang kan sempena Hari Kemerdekaan yang akan menjelma tidak lama lagi.


Rating filem ini saya berikan 3/5 sahaja sebab teknik juruterbangnya . Ada babak-babaknya yang cantik dan ada juga yang kurang menarik namun dari satu sudut seperti mimik  wajah pelakon yang membawa jet berkuasa tinggi ini kurang terserlah.


Saya tidak layak untuk mempertikai teknik teknikal penerbangan atau jet pejuang yang digunakan tetapi saya boleh pertikaikan watak-watak yang memainkan peranan di jet pejuang ni. Macam kelakau dan nampaknya Zafra memainkan watak utama dari pemandu utama hingga wingman. Tak guna ada 2 orang dalam satu jet pejuang dan dua-dua pengsan dan yang lorat hanya Zafran..heheheheh.


Selain daripada itu saya akui watak Adib lakonan oleh Nas-T memang cukup terserlah dan nampak gaya sklill dia tu macam ahli Paskau iaitu ahli khas Tentera Udara Malaysia. 


Selain itu kemunculan Adi Putra yang tengah hot sekarang sebab lakonan Mat Kilau merupakan sebab saya ke panggung juga. Walau pun watak Adib lebih banyak terserlah tetapi beliau membawa klimak utama filem ini apabila mengorbankan diri agar diletupkan bersama dengan pihak musuh agar rakan-rakannya boleh diselamatkan.


Pendek kata kesemua watak ahli Paskau dalam filem ini memang hebat-habat belaka. Malah saya nak berikan pujian pada Sara Ali yang membawa watak wartawan memang menjadi dan menyampah aku melihat pada permulaan filem ini yang sering memperkecilkan askar Malaysia.


Keseluruhan filem ini boleh ditonton dan padat dengan aksi yang menarik dan mainan perasaan apabila seorang demi seorang rakan mereka mati dalam mempertahankan diri mereka dan sahabat mereka. 


SINOPSIS Air Force The Movie: Selagi Bernyawa 

Air Force The Movie : Selagi Bernyawa ialah sebuah filem bergenre aksi, tentera dan patriotik Malaysia 2022, diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan Frank See.

Mengisahkan tentang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib dan mentornya, Mejar Adnan yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang berada dalam pergolakan. Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas. 


Mengetahui perkara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran, abang ipar kepada Adib dan juga seorang juruterbang SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.



MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA
Sumber gambar : Ruby

MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA


MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA


MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA


MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA


MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

MOVIE REVIEW: AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

Terbitan: Air Force The Movie diterbitkan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.


Pengarah: Zulkarnain Azhar & Frank See
Pengedar: GSC Movies
Tarikh Tayangan: 25 Ogos 2022
Bahasa: Bahasa Melayu
Genre: Aksi, Ketenteraan, Patriotik
Klasifikasi: P13
Sari Kata: Bahasa Melayu / English / Cina
Durasi Tayangan: 90 minit (1 jam, 30 minit)

Pelakon:
Aiman Hakim Ridza sebagai Zafran
Dato’ Adi Putra sebagai Adnan / Lejen
Nas-T sebagai Adib
Sara Ali sebagai Natrah
Pablo Amirul sebagai Tuai
Johan As’ari sebagai Paco
Luqman Hafidz sebagai Gaban
Anas Ridzuan sebagai Matno
Iman Corinne sebagai Susan
Jack Tan sebagai Hujan
Esma Daniel sebagai Brigadier Jeneral Rahim
Sangeeta Krishnasamy sebagai Leftenan Layla
Aqasha
Azira Syafinaz sebagai Hana
Scha Alyahya sebagai Kapten Nur Liyana
Carmen Soo sebagai Marya
Fezrul Khan sebagai Mejar Zaid TUDM
Niezam Zaidi sebagai Cypher

Air Force the Movie: Selagi Bernyawa
(2022) on IMDb