ETERNALS REVIEW DAN SINOPSIS - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

ETERNALS REVIEW DAN SINOPSIS

ETERNALS REVIEW DAN SINOPSIS



Kaki Wayang telah kembali setelah hampir 2 tahun blog ini senyap berikutan PKP atau COVID-19 melanda negara kita. Setakat ini admin telah menontn 3 movie setelah pelonggaran PKP dan kali ini admin akan memnat review filem Marvel superhero iaitu Eternals.

Film ini menceritakan mengenai alien-alien kuno yang telah hidup di bumi secara rahsia selama ribuan tahun. Sekumpulan alien abadi ini akan melindungi bumi dari musuh mereka. Setelah peristiwa Avengers: Endgame sebuah tragedi tak terduga memaksa mereka harus keluar dari bayang-bayang untuk bersatu kembali melawan musuh paling kuno umat manusia yaitu The Deviants.


Ahli-ahli Eternal bumi terdiri dari 10 ahli yang diketuai oleh Ajak ( kuasa penyembuhan)  serta ahli-ahli lain Ikaris (laser dari mata dan boleh terbang) , Druig ( mengawal minda manusia) , Thena ( pakar lawan ) , Sersi (pengubahan objek) , Gilgamesh ( yang terkuat) , Makkari ( pelari pantas) , Kingo ( laser dari tangan)  Sprite ( membuat ilusi) , Phastos ( rekacipta) 


Mereka semua ini adalah ciptaan Celestial Arishem yang disatukan menjadi Eternal melawan Deviant, juga merupakan ciptaan Celestial yang gagal. Pada beberapa abad yang lalu setelah mereka berjaya mengalahkan semua Deviant yang ujud di mukabumi, mereka semua telah berpecah membawa diri masing-masing.


Tetapi pada satu hari tiba-tiba Sersi dan Sprite telah di serang oleh Deviant yang boleh sembuhkan diri sendiri dan nasib baik Ikaris tiba menyelamatkan mereka. Setelah itu mereka semua mencari Ajak tetapi malangnya Ajak telah mati disyaki dibunuh oleh Deviant.


Kemudian mereka semua mencari rakan-rakan lama mereka dan berkumpul semula di kapal angkasa mereka yang dinamakan Domo dan merancang melawan Deviant. TETAPI pada masa itu Sersi yang telah dilantik menjadi ketua setelah bebola Ajak meresap ke tubuhnya telah diberitahu oleh Arishem bahawa tugas utama mereka ialah memastikan populasi manusia besar kerana di dalam bumi terdapat satu lahir Celestial yang akan dilahirkan iaitu Taitum.


Kelahiran Taitum bergantung pada jumlah populasi penduduk bumi dan kemunculan Taitum tergendala setelah Thanos menlenyapkan separuh penduduk alam semesta. Dan apabila penduduk dunia telah d "blipkan" oleh Iron Man maka ia akan boleh dilahirkan setelah meresap tenaga manusia di dunia.


Masalahnya apabila Taitum dilahirkan, bumi akan dihancurkan. Dan kesemua rakan Eternal tidak mahu perkara ini berlaku dan merancang menidurkan Taitum. Akhirnya Phastos menemui cara untuk satukan semua kuasa mereka agar boleh menentang Taitum.


Apakah yang berlaku selepas ini. Dimana mereka harus melawan Deviant dan sekaligus hentikan Celestial Taitum. 


Review filem ini saya berikan 4.5 /5. Filem Marvel memang tidak mengecewakan tetapi jika anda peminat tegar Marvel anda tidak hadapi masalah dengan terma-terma atau sejarah Marvel yang saling kait. Sebagai contoh, ayat Celestial anda mesti pernah dengar semasa menonton filem Galaxy Of The Guardian. Ingat tak?


Sedihnya filem ini hero Korea Selatan yang melakonkan watak Gilgamesh mati dibunuh dan diserap kuasanya oleh Deviant Kro. Ini yang benci  betul !! I Korea KPop lover..


Dan filem ini lebih terarah pada budaya Bollywood dimana permulaan cerita bila Ikaris dan Sersi kahwin ianya berlatar belakang Hindu dan semasa mereka mencari Konji ia adalah pelakon Bollywood. Serta pelawak tambahan Kanji ialah pelakon Bollywood. Jangan kata admin rasis pula, ini adalah review sahaja.


Untuk filem pertama, sudah tentu banyak imbas kembali sejarah 7000 tahun mereka dan bagaimana mereka menghapuskan Deviant hingga habis di muka bumi ini. Ini semua agak memotong tujuan utama  hapuskan Taitun dan Deviant Kro. Tapi admin sedia maklum, untuk filem pertama terpaksa banyak imbas kembali sebagai proses pengenalan Eternals.


Power atau kuasa mereka dalam filem ini tak begitu banyak ditonjolkan dan admin rasa teknik gaduh di filem ini biasa-biasa sahaja. Takkan mampu melawan standard filem Avenger. Dia orang ini kalau lawan Iron Man mesti kalah. 


Panjang cerita ini agak melampau 2 jam lebih gak, tapi tak terasa masa berlalu kerana banyak aksi yang menarik. Puas hati ler dapat tonton filem yang panjang tetapi tak membosankan. Filem panjang ini standard Bolloywood kot..hehehhe.


Kesimpulannya filem ini boleh ditonton dan memang kena tonton. Mana ler tahu kalau ada sekuan kedua. Tapi okey ler, dah lama tak tengok Angeline Jolie berlakon kan...ahaks,


Eternals (2021) on IMDb