BLACK PANTHER: WAKANDA FOREVER REVIEW - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

BLACK PANTHER: WAKANDA FOREVER REVIEW


BLACK PANTER: WAKANDA FOREVER REVIEW

Sebuah filem yang tidak mengecewakan langsung kalau anda peminat setia Marvel atau terpaksa menonton sebab takut terlepas sekuen.. hahahaha.

SINPOSIS BLACK PANTHER: WAKANDA FOREVER 

Filem ini didahului dengan kemangkatan Raja Challa iaitu pelakon asal Black Panther sebab sakit kanser.

Olahan oleh pihak produksi memang terbaik bagaimana mereka membuat tranksaksi pengakhiran Raja Challa yang telah mangkat. Ini adalah satu plot penyusunan yang baik.

Rating filem ini saya berikan 4/5 kerana dari keseluruhan filem ini banyak terbabit isu kuasa, hati dan kasih sayang.

Omputih kata all in one!! Saya dan wife lihat dari mula hingga habis tak bosan malah teruja.

Cerita ini bermula apabila muncul musuh baru yang menggunakan vibranium mula terukai apabila kerajaan Amerika menggali vibranium di Lautan Pasifik dan diserang oleh makhluk biru.

Sebelum ini Pihak barat telah meminta Wakanda berkongsi vibranium dengan mereka tetapi ditolak oleh Ratu Wakanda iaitu ibu TChalla.

Pihak barat telah mencipta mesin yang boleh mengesan vibranium.

Dan berbalik pada serangan makhluk biru ni bernama Kulkuan yang diketuai oleh Namor yang berusia ratusan tahun.

Keturunan mereka adalah keturunan manusia yang telah makan bunga yang tumbuh dari vibranium dan menjadikan mereka makhluk air dan tidak boleh bernafas di permukaan bumi.

Beliau meminta Wakanda mencari saintis yang membuat mesin boleh mengesan vibranium dan berikan pada beliau untuk dibunuh.

Maka Puteri Shuri dan Okeye pergi ke Amerika dan berjaya menjumpai budak yang cipta mesin pengesan Vibranium ni tetapi telah dipintas oleh Namor dan orang-orangnya dan akhirnya budak dan puteri Shuri telah ditawan.

Ibu Shuri iaitu Ratu Wakanda yang baru telah meminta bantuan awek TChalla iaitu Nakia membantu melepaskan anak perempunnya.

Beliau telah berjaya melepaskan Shuri dan budak tersebut telah membuat kemarahan Namor dan beliau telah serang Wakanda. Teruk gak Wakanda kena serang.

Dan impak serangan ni menyebabkan Ratu Wakanda terkorban dan ini memberi tekanan pada Puteri Shuri yang telah kehilangan abang dan ibunya dalam masa terdekat.

Anda dapat melihat tekanan jiwa Shuri dan akhirnya beliau membuat semula herba vibranium untuk menjelmakan semula Black Panther.

Akhirnya Shuri telah berjaya dan beliau kini adalah Black Panther terbaru. Namun hatinya penuh dendam dengan Namor yang telah membunuh ibunya.

Mereka telah perancangan menyerang Namor dahulu sebelum Namor menyerang Wakanda.

Peperangan berlaku dan biasalah Black Panther menang. Aku tak mahu tulis panjang-panjang. Tak best.

KESIMPULAN BLACK PANTHER: WAKANDA FOREVER 

Aksi dan telnologi yang ditayangkan dalam filem BLACK PANTHER: WAKANDA FOREVER  ini memang tak boleh disangkalkan.

Baju perang Okeye yang boleh terbang. Dan sut  ala-ala Iron Man pun ada dalam filem ni. Dicipta oleh budak saintis dan Shuri.

Pertembungan budaya lama dan moden. Terlalu moden hingga abaikan tradisi lama pun tak boleh dan Shuri memperolehinya melalui banyak dugaan kerana ia terlalu teknologi dan tidak percaya pada Black Panther.

Kapal perang Wakanda memang power dan cantik. Kalah design kapal perang yang lain semasa menyerang Kulkuan di Lautan Atlantik.

Satu jer yang aku tolak rating filem ini dari rating 5 iaitu Shuri menjadi Black Panther.

Dari segi postur badan dia terlalu kurus dan lembik. Ia sebenarnya tak layak jadi Black Panther. 

Kalau badan dia macam Black Widow atau Kapten Marvel memang ngam tapi kering..alahai kelakau plak.

Tapi aku tahu, pihak produksi tiada pilihan. Mahu tak mahu terpaksa pilih Shuri sebagai watak utama Black Panther. Kalau tak macam mana nak sequen filem ni nampak logik.

Namun akhir filem ni, rupanya Challa ada anak lelaki dengan Nakia. Mungkin ini akan mengubah perjalanan Wakanda pada masa akan datang. I not sure..kita tgk ajer.

BLACK PANTHER: WAKANDA FOREVER tetap filem yang terbaik dan penuh aksi dan perasaan. Wajib tonton dan ia bukan semata-mata aksi tetapi nilai kemanusian dan pemaafan.

Sebagaimana Shuri memaafkan Namor setelah membunuh ibunya. Dendam bukan penyelesaiannya 



BLACK PANTER: WAKANDA FOREVER REVIEW




Black Panther: Wakanda Forever
(2022) on IMDb