HOWLING VILLAGE SINOPSIS DAN REVIEW - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

HOWLING VILLAGE SINOPSIS DAN REVIEW


HOWLING VILLAGE SINOPSIS DAN REVIEW

Pertama kali menonton filem terbaru. Disebabkan tiada pilihan mahu tak mahu tengok filem Jepun dengan tajuk Howling Village. Sebuah filem seram Jepun.

Review pertama yang admin boleh katakan ialah filem ni filem yang berat dan olahan cerita ni agak kelam-kabut. Tak nampak logik pengakhiran cerita ni.

Howling Village menjanjikan filem seram dan pada awal filem ni memang menyeramkan apabila Akina dan Yuma masuk ke terowong ke kampung Uninaki yang berhantu hingga Akina membunuh diri.

Selepas itu admin lihat, hantu-hantu yang muncul dah tak seram. Malah ada hantu baru yang tidak kena mengena dengan Kampung Uninaki pun ada masa Kanae merawat seorang budak.

Pada mula admin ingat ada kena mengena rupanya tidak. Penat admin fikirkan kenapa watak budak tersebut dan hantu tu dimasukkan. Kalau tak masuk, jalan cerita tentang sejarah Kampung Uninaki pengarah boleh tekankan lagi.

Paling tidak boleh move on ialah dalam usaha Kanae menyelamatkan adiknya Yuma dan Kota ditangkap oleh hantu Kampung Uninaki ialah ia juga harus selamatkan bayi iaitu neneknya keluar dari kampung tersebut . Dimana Kanae pergi ke balik ke masa lampau. 

Ada lagi, dimana rakan-rakan Yuma seramai 3 orang pun dibunuh oleh hantu Kampung Uninaki. Admin tak nampak logiknya kenapa kawan-kawan Yuma yang tak kena mengena pun kena bunuh? Mungkin pengarah nak tunjukkan skill cara bunuh kot..

Rating filem ni admin berikan 2/5 sahaja sebab kecelaruan jalan cerita Howling Village ni. Plot-plot yang mengelirukan. Serta ada jalan cerita tak logik yang tak boleh diserap oleh minda admin...hehehehe.

Jom baca sinposis filem yang admin ambil dari facebook kakimuvee.

Kisah Kampung Uninaki
Filem seram terbaru Jepun arahan pengarah filem Ju-On, Takashi Shimizu. Tayangan di pawagam Malaysia pada 26 Mac ini edaran MM2 Entertainment Malaysia

Diadaptasi dari salah satu tempat paling menakutkan di Jepun iaitu Inunaki Village, filem "Howling Village" dinamakan sempena lokasi yang menakutkan itu. Kampung Inunaki ini merupakan Legenda Setempat di Jepun. Terletak di kawasan pedalaman Fukuoka, dikatakan kononnya jika sesiapa yang jumpa Kampung Inunaki ini, di pintu masuk kampung tersebut terdapat papan tanda amaran supaya menjauhkan diri berbunyi "Perlembagaan dan undang-undang Jepun tidak terpakai di sini". Dikatakan di sana pembunuhan, kanibal, sumbang mahram bebas dilakukan kerana tiada undang-undang yang boleh disabitkan kesalahan
Kampung terbiar ini hanya dapat diakses melalui terowong di mana beratus-ratus pekerja buruh terbunuh apabila ianya runtuh semasa pembinaannya.

Kampung itu perlahan-lahan ditinggalkan di atas sebab-sebab yang tidak jelas sepenuhnya. Ada yang mengatakan kerana wabak tersebar yang menghilangkan populasi. Ada yang mengatakan bahawa disebabkan lokasinya yang terlalu terpencil, tetapi kisah yang paling terkenal adalah salah satu penduduk kampung yang gila dan membunuh semua orang dengan kapak. Walau apa pun, tiada siapa yang sebenarnya tinggal di situ sejak akhir Perang Dunia II dan peranti elektronik dilaporkan tidak berfungsi di sana.
___________________________________

Sinopsis filem Howling Village :

Kampung Inunaki terkenal dengan kisah-kisah seramnya tersendiri. Kanae merupakan seorang ahli psikologi yang mempunyai deria keenam, yang membolehkannya melihat dan berkomunikasi dengan makhluk halus.

Tanpa menyedari bahaya yang menanti, abangnya Yuma bersama kekasih abangnya Akina mencabar diri untuk pergi ke kampung tersebut. Akina akhirnya membunuh diri kerana hilang kewarasan. Yuma kembali semula ke kampung itu bersama rakan-rakannya namun dia kemudiannya didapati hilang. Kini semuanya bergantung kepada Kanae untuk menyiasat misteri dan sejarah di sebalik Kampung Inunaki.

#Kakimuvee
#HowlingVillage