VENOM - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

VENOM

VENOM

Filem terbaru Marvel VENOM telah memasuki pawagam bermakna satu superhero Marvel yang pastinya akan muncul dalam sambungan sirinya nanti. Kali ini VENOM mendapat kuasanya melalui makhluk asing pula..

Ceritanya bermula dengan sebuah syarikat yang dipimpin oleh Drake telah melakukan jelajah angkasa lepas dan membawa sampel mahkluk asing ke bumi. Malangnya kapal yang membawa sampel makhluk asing telah terhempas di Malaysia dan salah satu makhluk tersebut terlepas dan memasuki tubuh salah seorang manusia.

Manakala sampel yang terselamat telah dibawa ke makmal Dr. Drake untuk menganalisanya. Tujuan Dr. Drake ialah ingin menyatukan makhluk asing dengan manusia agar manusia bleh hidup di angkasa lepas. Proses ini dinamakan simbiosis.

Melalui kajian yang beliau lakukan, beliau telah menggunakan manusia gelandangan yang diculik  sebagai bahan kajian. Salah satu doktor yang terlibat dalam kajian tersebut iaitu Dr. Dora  merasakan ianya salah dan telah berjumpa dengan bekas jurnalis iiatu Ediie Brock (lakonan Tom Hardy).

Sebelum itu Eddie Brock adalah jurnalist yang diarahkan interview Dr.Drake tetapi beiau telah dipecat kerana menghina Dr. Drake. Disebabkan itu beliau juga telah berpisah dengan teman wanitanya Anne kerana mencuri maklumat.  Berbalik pada maklumat yang beliau terima, dia pergi ke makmal Dr. Drake dan melihat ramai manusia telah di uji.

Beliau telah memecahkan salah satu pintu makmal dan makhluk asing tersebut telah memasuki tuhuhnya. Bermulalah jalan cerita yang hebat dimana, makhluk asing telah menolong Eddie dari diburu oleh orang Dr. Drake.


Melihat bagaimana di amelompat dari satu bangunan ke satu bangunan. Melihat aksi dia membawa motosikal dan di pandu oleh makhluk asing tersebut. Anda pun tahukan bagaimana Marvel punya aksi superheronya...


Makhluk asing yang berada adalam tubuh Ediie bernama VENOM dan beliau telah menolong Eddie melawan rakany ayang telah merasuk ke dalam tubuh Dr. Drake iaitu Riot yang ingin kembali ke angkasa lepas dan membawa berjuta-juta rakannya ke bumi dan menjadikan manusia sebagai hos mereka.

Apakah yangterjadi. Anda kena tonton ler...






REVISED:
VENOM SEQUAL KEDUA DAH KELUAR :