MAT KILAU REVIEW DAN SINOPSIS - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

MAT KILAU REVIEW DAN SINOPSIS

MAT KILAU REVIEW DAN SINOPSIS

Dah lama tak menonton filem Melayu di pawagam dan tahun ini nampaknya agak rancak filem Melayu di tayangkan. Filem pertama melayu pertama saya tonton adalah The Assistant tapi tak sempat buat review...hehehehe

Dan semalam saya baru sahaja selesai menonton filem Melayu sejarah bertajuk Mat Kilau. Ini pun atas paksaan isteri sebab saya dah tahu sejarah Mat Kilau ini dan endingnya memang menyedihkan. Itu yang malas nak  menonton filem ini.


Nasib baik isteri ajak tonton filem ini kerana filem ini adalah dalam kategori wajib tengok!!!! Rating yang saya boleh berikan ialah 5/5. Serius ker Hanif kasi filem Melayu 5./5.


Rasanya tak perlu saya berikan sejarah Mat Kilau kerana semua tahu kisah perjuangan Mat Kilau menentang Inggeris di Pahang.


PELAKON MAT KILAU HEBAT 

Apa yang saya nak review ialah watak dalah filem ini memang sangat hebat, Pelakon yang hebat dan watak yang hebat.


Dibawah ini adalah watak utama yang membawa kehidupan dalam filem ini. Mereka adalah nama besar dalam mendalami watak mereka.


Seperti saya katakan dahulu, John Wick takkan menjadi John Wick jika bukan Keanu Reeves. Dan Mat Kilau takkan menjadi Mat Kilau kalau ianya bukan Adi Putra.


Adi Putra dengan lengkok bahasa yang amat mendalam dan padat. Skrip yang sangat hebat bila anda mendengar tutur katanya, pehhh inilah keindahan bahasa Melayu.


Beto Kusyairy yang mendalami kesedihan kematian isterinya dibunuh oleh Inggeris memang anda amat terasa dan semasa aku menulis ini meremang bulu roma kerana bila imbas kembali , bagaimana isteri Wahid dibunuh oleh Inggeris didepan matanya dan aku hampir menitis air mata... memang sedih sangat. Tapi dalam masa yang sama semangat patriotik beliau masih lagi tinggi.


Fattah Amin watak antigonis dengan Mat Kilau. Membawa watak ego dan kemudian apabila ia tersedar dari keegoannya, sekali lagi mainan perasaan bergolak kembali. Hebat juga Fattah Amin ni yek, ingatkan pandai lakon filem cinta tetapi beliau rupanya pelakon kelas A.


Johan Asari memang ada semua kenali tetapi wataknya kurang ditonjolkan berbanding Wahid dan Awang tetapi memainkan peranan yang penting dalam filem ini. 


Selain itu geng-geng Gerak Khas seprti A.Galak yang saya tak sangka boleh membawa watak yang berlainan. 

Pendek kata watak yang kita kenali mereka di layar perak sebelum ini amat berbeza sekali.


LENGGOKAN BAHASA MAT KILAU

Setiap tutur kata yang disebut dalam filem ini mempunyai lenggok melayu yang padat. Bertuturdengan kiasan dan pantun. 


Marah tapi masih kekalkan adat berbahasa yang tinggi. Dalam hal ini Adi Putra mendapat tabik saya kerana kefasihan dan kelembutan bahasanya dalam filem ini memang mencerminkan kehebatan bahasa melayu.


Mula-mula menonton saya dah review bosan kerana malas nak mendengar bahasa melayu yang meleret-leret ini. Tetapi apabila semakin lama, semakin kagum melihat penyusunan bahasa yang begitu rapi.


AKSI SILAT MAT KILAU 

Kalau nak banding dengan John Wick ianya tidak sehebat Jihn Wick walaupun Toga ( Yayan Ruhian) ada dalam filem ini. 


Tetapi seni silat Melayu yang ditunjukkan dan skil keempat-empat pelakon ini memang tiada kekok dalam ilmu persilatan. Aku kurang pasti samada mereka memang mempunyai ilmu silat atau telah diajar oleh koordinator silat.


Tapi yang pasti memang awesome. Yang aku suka lihat ialah perlawanan Mat Kilau / Wahid dengan Toga. Memang dahsyat sekali. 2 orang tak boleh lawan 1 orang tetapi kerjasama membolehkan mereka membunuh Toga.


Lagi satu ialah apabila gaya Awang keluar dari sungai sambil memanah musuh, Memang ada gaya tersendiri Fattah Amin...


MAKSUD TERSIRAT MAT KILAU 

Dalam filem ini ianya bukan tentang aksi sahaja tetapi mempunyai nilai yang tersembunyi sikap Melayu yang cuba dibuka oleh Syamsul Yusof iaitu melayu sentiasa cemburu satu sama lain .


Dapat dilihat Awang cemburu apabila Mat Kilau dilantik sebagai pemimpin untuk memnentang Inggeris. Beliau merasakan beliau layak dan cuba mensabotaj Mat Kilau dan membuat tindakan sendiri.


Senario lain ialah apabila Melayu tidak bersatu hati menentang Inggeris apabila Mat Kilau memujuk penduduk kampung agar bersama beliau. Malah beliau telah dicaci oleh Melayu sendiri.


KESIMPULAN MAT KILAU 

Filem aksi yang wajib anda lihat dengan aksi lawan yang hebat belaka dan juga nilai kemelayuan yang cuba ditonjolkan dalam filem ini.


Setelah anda menonton filem ini dan sebai sahaja anda meninggalkan panggung wayang sudah pasti anda akan membawa semangat Patriotik filem ini.!!!!!!

Mat Kilau
(2022) on IMDb