THE ASSISTANT 2022 MALAY SINOPSIS DAN REVIEW - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

THE ASSISTANT 2022 MALAY SINOPSIS DAN REVIEW

THE ASSISTANT 2022 MALAY SINOPSIS DAN REVIEW

Sebuah filem aksi yang aku nantikan lakonan Hairul Azreen yang memang aku minati disebabkan aksi di ayang mantap sejak Paskal hingga kini.

Saya boleh katakan filem ini sebagai filem thriller dan aksi. Dimana kecelaruan watak dalam seorang individu menghadapi tekanan yang hebat.

The Assistant

Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 19 Mei 2022
Pengarah: Adrian Teh
Produksi: Act 2 Picture

Watak Pelakon
Hairul Azreen sebagai Feroz
Iedil Dzuhrie sebagai Zafik
Henley Hii sebagai Sam
Farali Khan sebagai Sofia

Sinopsis The Assistant

Menceritakan tentang Zafik (Iedil Dzuhrie) lelaki yang terpaksa meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang bukan dilakukannya.

Dimana beliau telah dianiaya ditangkap mengedar dadah yang dijumpai di kereta beliau.  Dan semasa beliau di penjara, anak dan isteri Zafik telah terbunuh.

Zafik berusaha untuk mencari siapakah pembunuh anak dan isteri beliau hingga beliau mengalami tekanan perasaan.

Selepas hilang segala-galanya, Zafik kemudiannya bertemu dengan Feroz (Hairul Azreen) yang sering muncul pada waktu tepat membantu beliau.

Feroz mengatakan isteri Zafik adalah sepupunya dan beliau hendak membantu Zafik.

Sepanjang perkenalan mereka berdua, berlaku pelbagai konflik dan pertarungan hebat sehingga ada pertumpahan darah.

Rupa-rupanya setelah melakukan penyiasatan bersama Feroz, mereka dapat rakan baik Zafik iaitu Sam telah menganiaya beliau dan secara tak sengaja membunuh isteri dan anaknya.

Apalagi bergaduhlah tetapi semuanya terukai apabila Zafik mengetahui Feroz adalah dirinya sendiri. Beliau mengalami dwi watak iaitu Feroz adalah dirinya sendiri.

Apa yang berlaku selepas ini. Bagaimana Zafik mahu membalas dendam? Bagaimana Zafik hendak membuang sifat ganas Feroz yang berada dalam dirinya?

Review The Assistant

Filem aksi yang terbaik sebaik Pascal dan semua lakonan Hairul Azreen yang mantap dengan aksi yang hebat.

Sepanjang perjalanan filem ini penuh dengan aksi yang dahsyat dan saya boleh berikan 2 situasi aksi yang hebat. Iaitu semasa Zafik/Feroz berlawan di sarang dadah mencari penagih yang telah di upah meletakkan dadah dikeretanya. Memang power aksi Zafik/Feroz yang melawan semua penjahat disana.

Aksi kedua ialah apabila Zafik/Feroz melawan geng San di pejabat mereka dengan tembakan dan perlawanan yang hebat. Watak wanita Sofia yang melawan Zafik/Feroz memang amat bertenaga.

Filem ini 80% adalah filem aksi cari dan bunuh. Ini intipati filem ini.
Jika anda mahukan mainan perasaan ini bukanlah filemnya kerana pada pendapat aku watak Zafik ini kurang umpph dalam mainan perasaan.

Manakala watak Feroz seorang lelaki yang gila-gila dan membunuh tanpa perasaan berjaya di bawa dengan baik oleh Hairul Azreen.

Rating filem ini saya berikan 4/5 sebagai filem aksi yang wajib anda lihat. Jika anda seorang peminat aksi inilah filemnya.

The Assistant
(2022) on IMDb