The Matrix Resurrections Review Dan Sinopsis - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

The Matrix Resurrections Review Dan Sinopsis

The Matrix Resurrections


Menonton filem terbaru dan terakhir Matrix iaitu The Matrix Resurrections. Filem ini saya boleh kasi rating 3/5 sahaja kerana jalan cerita yang sangat lembab. Ditambah lagi,banyak imbas kembali serta perlawanan yang tidak sehebat filem Matrix terdahulu.


Cerita bermula apabila watak baru iaitu Bugs mencari Neo yang dikatakan tidak mati dan mahu menyelamatkanny adari Matrix. Ya, Neo dan Trinity tidak mati, mereka rupanya diselamatkan oleh dunia mesin dan kemudian ditidurkan unttuk menjana kuasa pada bandar mesin.


Perancangnya ialah The Analyst yang mengawal kedua-duanya. Namun Bug dan salah satu mesin iaitu Morpheus ( bukan Morpheus Matrix dahulu tetapi model komputer seakan Morpheus) berjaya menemui Neo.


Bug dan Morpheus cuba memujuk Neo agar memakan pil merah agar dia dapat melepaskan diri dari tidur dan mereka boleh membebaskannya. Penceritaan untuk memujuk Neo agak sukar kerana beiau tidak pecaya bahawa dia berad adi dunia Matrix dan bagi saya plot sepanjang memujuk ini adalah amat membosankan dan buang masa.


Dan akhirnya mereka beraya membebaskan Neo dan membawa dia pulang ke bandar baru mereka iaitu Lo. Manakala Sion telah pun hancir diganti oleh Lo. Semasa membawa pulang Neo, beliau ternampak Trinity yang ditidurkan juga.


Neo berusaha hendak menyelamatkan Trinity dan akhirnya beliau dibantu oleh Bugs dan rakan-rakannya. Tidak dilupakan , selepas pergaduhan Matrixs 3, ada mesin-mesin yang mendapat kesedaran dan mula menyokong manusia. Manusia dan mesin bekerjasama membina bandar LO.


Akhirnya perancangan dibuat untuk menyelamatkan Trinity tetapi ia dihalang pula oleh Agen Smith versi muda yang bergaduh dengan Neo. Pergaduhan yang membosankan juga tapi boleh layan ler.


Neo dibantu oleh Sati ( jika anda imbas kembali dalamMatrixs terdahulu Neo ada jumpa budak kecil programmer di setesen keretapi) Ingat tak?



Sati telah besar dan membantu Neo menyelamatkan Tritiny tetapi mereka dihalang oleh The Analyst dan melalui beberapa pergaduhan dan kejar mengejar. Trinity dan Neo berjaya melepaskan diri dan menjadi pasangan terkuat di dunia Matrixs. Tamat...


Itulah jalan ceritanya yang menumpukan pertemuan semula Neo dan Trinity. Dah tua kedua-duanya..hehehehehhe. Tiada kesegaran baru dalam filem The Matrix Resurrections ini.


Ia umpama happy Ending filem sequen The Matrixs dengan filem keempat ini The Matrix Resurrections.


Pergaduhan filem ini biasa-biasa sahaja dibandingkan dengan filem Matrix terdahulu dan keterujaan itu tidak ujud sama sekali untuk saya!!!


Bagaimana pun jika anda sebagai peminat The Matrixs mahu tak mahu kena tonton The Matrix Resurrections ini sebagai penutup tirai sequen The Matrix yang satu ketika dulu sebuah filem yang amat gah dan filem The Matrix Resurrections ini merosakkannya..

1Mdb rating pun hancur...sayangnya..



The Matrix Resurrections
(2021) on IMDb