SPIDERMAN : NO WAY HOME SINOPIS DAN REVIEW - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

SPIDERMAN : NO WAY HOME SINOPIS DAN REVIEW

SPIDERMAN : NO WAY HOME SINOPIS DAN REVIEW

Saya telah menonton filem ini dan rating yang boleh saya berikan 5/5. Serius beb sebab olahan jalan cerita ini memang cukup twist dan jika anda tidak ikutu filem-filem Spiderman sebelumnya iaitu hero-hero lama mungkin anda akan keliru.

Dan melalui filem ini, kritikan saya sebelum ini yang mengutuk filem Spiderman yang mempunyai pelbagai versi akhirnya terjawab. Rupa-rupanya setiap filem Spiderman yang hero pelbagai yang kita lihat selama ini adalah dari dunia dimensi yang lain..hahahahaha. 


Memang terasa selama berpuluh tahun diperbodohkan oleh arvel dan twist versi filem Spiderman sebelum ini hingga yang terbaru ini rupanya adalah dimensi dunia yang berbeza. Hebat !!!!


Filem yang digarap oleh Tom Holland ini memang diluar pemikiran saya ketika itu. 

Sinopis SPIDERMAN : NO WAY HOME filem ini ialah jika anda pernah menonton filem Spiderman: Far From Home anda tentu telah ketahui bahawa identiti Spiderman telah dibingkar oleh penjahat Mysterius dan kecohnya dunia ketika itu hingga Peter Parker terpaksa tinggal di rumah Happy.


Atas desakan dan stress, Peter Parker tepaksa berjumpa dengan Dr.Strange memintanya memusingkan waktu hingga dunia tidak ketahui bahawa dia adalah Spider Man. Dr. Strange sanggup membantu tetapi beliau tidak lagi mempunyai batu infiniti tetapi beliau mempunyai mantera yang boleh menyebabkan semua dunia melupai Peter Parker adalah Spider Man.


Semasa proses tersebut, berlaku kesilapan hingga dimensi dunia terbuka hingga penjahat terdahulu seperti Goblin, Electro, Sandman, Dr. Octovus dan Lizard Man telah tiba ke dunia Spiderman Avenger ini ( kita namakan Spiderman Avenger agar tak keliru


Kesemua penjahat ini berada di dunia Spiderman baru ini setelah bertarung dengan Spiderman, mereka menyedari bahawa Peter Parker yang mereka lawan adalah berbeza.


Dan pendekkan cerita, Klimak cerita ini ialah apabila makcik Spiderman telah terbunuh semasa perlawanan Spiderman dengan Goblin, Electro, Sandman, Dr. Octovus dan Lizard Man.


Pada masa yang sama, ujudnya 2 watak Spiderman dari dunia yang berbeza telah datang ke dunia Spiderman Avenger ini ler. 


Maka mereka bertiga membuat perancangan melawan Goblin, Electro, Sandman, Dr. Octovus dan Lizard Man.


Apakah yang terjadi dan apakah twistnya.
Yang pasti, ending filem ini memang menyedihkan ler... Tak mahu cerita nanti saya nangis.


Cuma ending filem ini, watak Venom tiba-tiba muncul dan kemudian dia tiba-tiba hilang memberi pertanyaan pada saya. Apa kena mengena Venom dengan Spiderman?


Review:
Cerita Marvel memang tak lari dari kelakaunya yang tersendiri...
Sepanjang filem ini dari permulaan hingga ke akhir memang kelakar.


Tak banyak saya nak review sebab kalau bercerita tentang teknik CGI Marvel memang gempak dari dulu lagi.  Lagi pun saya dah kasi 5/5 maka tak perku review panjang-panjang sebab kekuatan filem ini adalah plot penceritaannya yang amat mantap!!!!!!!


Wajib tengok dan kalau tak tengok memang rugi. Dan jangan lupa download filem Spiderman terdahulu untuk memahami  Goblin, Electro, Sandman, Dr. Octovus dan Lizard Man.


Spider-Man: No Way Home
(2021) on IMDb