JEBAT 2020 REVIEW DAN SINOPSIS - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

JEBAT 2020 REVIEW DAN SINOPSIS


Tentunya peminat drama Bukan Aku Tak Cinta yang meletup pada tahun 2013 dan siri ini bakal ke layar perak. Sharnaaz Ahmad kembali membawakan watak Jebat disamping Nelydia Senrose sebagai Mastura.

SINOPSIS
Mengisahkan tentang pasangan Jebat dan Mastura menghabiskan masa bersama di luar negara sempena hadiah berbulan madu mereka. Tetapi, baru beberapa hari mereka berada di sana, beberapa kejadian yang tidak disangka telah berlaku dan membuatkan Jebat mula risau dan yakin ada sesuatu yang tidak kena.

Jebat terpaksa menipu dan membuat helah untuk segera pulang ke Malaysia atas alasan kecemasan keluarga. Mastura mula curiga, tetapi tetap akur dengan kehendak suami. Sebaik tiba di Malaysia, Jebat menuju ke tempat pakciknya yang merupakan sarang gangster yang telah lama dia tinggalkan. Jebat mendapat tahu ada seseorang ingin membunuhnya tetapi mengapa? Adakah Jebat akan kembali ke dunia gangster lamanya? Mampukah Jebat terus menyimpan rahsia tentang dirinya dari Mastura?

Review

Sebuah filem yang hebat dan tidak membosankan. Sepanjang perjalanan filem ni, kita di asak dengan emosi, kelakar dan aksi.

Pelakon yang hebat memainkan peranan yang penting. Mastura lakonan Nelydia watak isteri yang patuh tapi degil serta gedik memang anda akan sakit hati. Nak marah pun tak boleh.

Manakala gangster besar Jebat, kalah dengan perangai isterinya. Bukan tak marah isterinya yang gedek tapi Mastura buat selamba jer.

"Chemistry" mereka berdua memang cukup kuat dan untuk admin mereka adalah kekuatan filem ini.

Aksi lawan yang hebat dari rumah pakciknya hingga ke kedai runcit. Layan Mastura nak terkencing. Hingga ke kedai makan dan rumah persinggahan dan aksi terakhir melawan Kid yang mengarahkan Jebat dibunuh iaitu Ketua Gangster yang cemburu dengannya.

Emosi yang admin terkesan ialah semasa Jebat membuka bajunya kepada Mastura dan tunjukkan tattoo naga dia

Dia kejar Mastura hingga lompat atas kereta hingga hampir masuk gaung. Akhirnya Mastura menerima Jebat semula. Ayat kena power...masa Jebat pujuk Mastura dalam kereta.

Filem ini admin berikan 4.7/5 sebab jalan cerita yang santai walaupun tak kuat dari segi perjalanan cerita namun admin mahu tak mahu terpaksa akui lakonan hebat Jebat/ Mastura memang terbaik dan mereka menyumbang 95% judge admin buat masa ni.

Filem ini wajib tonton dan admin terpaksa keluar duit RM15 booking filem ni dari Astro First sebab bini admin gedek nak menonton filem ni. Dia ingat dia Mastura kot..hehehe. Dan tak rugi sebab filem ini memang terbaik.!!!