Filem ini admin berikan rating 4.8/5 bukan keganasan filem ini tapi nilai dalaman filem ini yang menarik serta plot-plot yang tersusun.
Sinopsis
Filem ini dimulai dengan kisah seorang askar bernama Jung Suk kehilangan kakak dan anak buahnya semasa serangan pertama zombie semasa mereka berada di dalam kapal menuju ke Hongkong.
Setelah 4 tahun beliau dan abang iparnya hidup melarat di Hong Kong setelah negara mereka dikuarantin akibat virus Zombie ini. Mereka telah ditawarkan oleh penjahat untuk kembali ke Korea dan mengambil wang yang ditinggalkan disana.
Beliau dan abng iparnya bersetuju beserta 2 rakan mereka yang lain pergi ke Korea Selatan untuk mengambil wang tersebut. Setelah sampai disana, mereka menemui wang tersebut tersebut tetapi mereka diserang oleh unit 641 iaitu unit tentera yang ditinggalkan disana.
Abang ipar Jung Suk ditangkap manakala beliau diselamatkan oleh Joon Li buda kecil yang cekap memandu. Memang best melihat budak ini pandu langgar semua zombie kat sana. Manakala adik di apual main remote kontrol tarik perhatian semua zombie tersebut.
Jung Suk bertemu dengan mereka Ming Suk yang tertarik dengan tawaran Jung Suk bahawa mereka boleh keluar dari sana dan ada kapal menunggu mereka jika mendapat wang tersebut.
Maka Jung Suk dan Ming Suk merancang merampas lori yang berisi wang tersebut serta menyelamatkan abang ipar beliau yang dijadikan tawanan oleh Unit 641. Itu isi penting filem ini.
Bagaimana pula perjalanan filem ini.
Orang Korea ini memang berbakat jadi zombie ler. Dahsyat sangat zombie mereka, boleh lari lagi setelah 4 tahun. Memang mati ler. Berbanding zombie orang putih ia tak berlari, zombie Korae lebih menakutkan.
Pengarah filem ini telah bersiap-sedia dengan plot yang menarik serta trik-trik yang digunakan untuk memancing zombie. Seperti memaksimumkan penggunaan lampu untuk mengumpulkan zombie.
Teknik memandu yang hebat cara membunuh zombie, Serta ada pula perlawanan manusia melawan zombie oleh Unit 641 untuk suka-suka. Memang kejam ler Unit 641 ini.
Filem ini jug atidak lari dari kasih sayang antara ibu dan anak serta kembalikan semangat Jung Suk .
Untuk admin filem ini adalah filem wajib tonton dan admin berasa lega ini adalah kali ketiga admin menonton filem selepas PKP dan filem ini memulihkan semangat admin setelah menonton 2 filem sebelumnya yang mengecewakan. Solar impact dan Howling