SOLAR IMPACT REVIEW DAN SINOPSIS - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

SOLAR IMPACT REVIEW DAN SINOPSIS

SOLAR IMPACT REVIEW DAN SINOPSIS
Hari ni admin dan anak-anak menonton filem P13 iaitu Solar Impact. Ingatkan nak tonton Peninsula sambungan Train Of Busan tapi P18 plak.

Filem Solar Impact untuk admin adalah filem yang tidak mempunyai plot yang tidak kuat dan lapuk. 
Admin kasi 2/5 sahaja untuk filem Solar Impact ini.

Jalan ceritanya amat mudah dimana matahari meledak dan memuntahkan asteroid ke bumi. Dan debu dari asteroid ini mempunyai radiasi hingga boleh menyebabkan manusia jadi zombie.

Dalam cerita tersebut terdapat lima sahabat yang cuba melarikan diri dari zombie. Cerita ini berkisar di bandar London.

Kelima-lima sahabat ni dari mula sampai akhir asyik larikan diri. Hingga satu persatu terbunuh hingga tinggal 2 orang jer.

Ada ler jalan cerita pergi ke hospital, rumah rakan dan akhirnya ke gereja dan mereka terkepung disana dan tamat. Ini sinopsis filem Solar Impact.

Zombie pun tak ramai, paling ramai pun maksimum dia orang berkumpul dalam 15 zombie.
Filem ini tak patut ditayang di panggung wayang dan admin boleh kategorikan filem budget rendah.
Solar Impact (2019) on IMDb
2 perkara yang tak logik dalam filem ini yang amat ketara ialah semasa mereka larikan diri dengan kereta tiba-tiba tayar kereta pancit. Tayar kereta pancit!!! Adus, tak ada idea ker.

Lepas tu dari mula sampai akhir mereka berjalan kaki. Bandar London dah kosong takkan tak boleh curi satu biji kereta pun. Disebabkan mereka jalan kaki, banyak ler adegan kena kejar dengan zombie.

Satu lagi tak logik ialah dah tahu bandar London ada Zombie. Dari mula sampai akhir senjata mereka hanya satu pengetuk sahaja itu pun dibawa oleh perempuan. 

Yang lelaki langsung tak bawa apa-apa senjata dan masa kena serang lawan dengan penumbuk, akhirnya kena gigit...hehehe. Diulang hanya satu pengetuk sahaja.

Kalau nak menonton secara santai dan sanggup ditipu oleh pengarah. Boleh ler anda menontonnya. 

Jangan tertipu dengan trailer filem yang asyik tunjuk batu asteroid jatuh. Itulah yang paling hebat dalam filem tu gambar batu asteroid. Yang lain semua sampah...Admin memang cukup marah ni.

Dah lama tak menonton filem tiada penutup dan sampah..hahahaha.