Sempena PKP ini, pangggung wayang pun tutupkan, Maka admin akana review filem yang telah ditayang di panggung wayang dan jika menarik admin akan kongsi dengan anda. Filem THE GENTLEMAN telah ditayangkan di panggug wayang pada Februari 2020.
Biasanya sinopsis admin akan ambil di laman web tertentu sebab filem ini pernah tayang. Cuma admin akan review sahaja filem ini,
REVIEW THAMBI
Pada mulanya apabila admin menonton filem ini ianya agak slow dan membosankan dimana jalan cerita seorang ayah iaitu ahli politik relagh menjumpai anak lelakinya yang telah hilang 15 tahun lalu dan dibawa pulang ke rumahnya. Sebenarnya lelaki tersebut Vicky telah menyamar sebagai Sravanan iaitu anak lelaki ahli politik tersebut dan bersubahat denagn seorang polis untuk mencuri duit ahli politik tersebut.
Senangkan jalan cerita filem THAMBI tentang menipu sebuah keluarga kaya.Tetapi ia tak semudah itu, dimana Vicky telah beberapa kali cuba dibunuh oleh pihak lain. Siapa nak membunuh Vicky?
Yang ini pun anda akan terperanjat giler orang yang nak bunuh Vicky?
Filem ini akan sampai kemuncaknya apabila masuk intermission dimana rupanya ayah ahli politik tersebut tahu Vicky menyamar sebagai anaknya kerana ia yang megupah polis tu cari pelakon sebagai anaknya. Kenapa pula?
Admin akan beritahu anda takkan sangka penutupnya? Sebenarnya bukan Vicky yang berlakon tetapi beliau yang dipermainkan.
Filem THAMBI ni gaduh-gaduh biasa sahaja dan tak der meleret tentang cinta cintun.Semua straight to point. Sejak PKP ini admin melihat filem-filem diluar kotak pemikiran. Filem ini diluar kotak pemikiran anda.
Kalau anda tak setuju anda boleh komen pedas kat admin
Tapi mula-mula filem ini agak slow ler, dia cerita tentang kehidupan Vicky di Goa sebagai penipu dan bagaimana Vicky cuba yakinkan mereka ia adalah anak mereka.
Rating admin berikan 9/10.
Kalau nak donlod boleh pergi ke telegram Channnel dan cari tajuk Thambi
https://t.me/FaibersgateChannel
SINOPSIS THAMBI ( dari https://darihatimissmulan.blogspot.com/2020/04/movie-review-thambi-2019.html)
Filem Thambi (2019) mengisahkan tentang Vicky (Karthi) yang merupakan pemandu pelancong di Goa serta merupakan penipu kecil - kecilan. Vicky menipu untuk mendapatkan duit dan duit itu digunakan untuk berjoli sakan dengan kawan - kawannya yang lain. Suatu hari Vicky tidak bernasib baik kerana telah ditangkap polis. Polis tersebut bernama Jeevanand (Ilavarasu) dan dia merupakan polis yang jahat yang sanggup melakukan apa saja, asalkan dapat duit. Jeevanand telah berpakat dengan Vicky untuk buat Vicky menyamar menjadi Saravanan yang merupakan satu - satunya anak lelaki ahli politik terkenal iaitu Gnanamoorthy (Sathyaraj) yang telah hilang selama 15 tahun. Vicky akhirnya berjaya masuk dalam keluarga Gnanamoorthy itu dan kelihatan semua mempercayai dia adalah Saravanan.
Walaubagaimanapun Vicky menghadapi masalah untuk mengambil hati kakak Saravanan iaitu Parvathy (Jyothika) yang kelihatan sukar untuk menerima kehadirannya. Manakala nenek Saravanan yang bisu dan lumpuh itu sudah tahu yang Vicky adalah penyamar dan nenek Saravanan berusaha untuk memberitahu ahli keluarga yang lain mengenai hal itu tapi berjaya dihalang oleh Vicky.
Muncul masalah lain bila kawan Saravanan iaitu Karan (Anson Paul) yang merupakan Inspektor polis mula curiga dan syak yang Vicky bukan Saravanan sebenar. Vicky juga terpaksa melayan kekasih Saravanan ketika remaja dulu yang masih menaruh hati pada Saravanan iaitu Sanjana (Nikhila Vimal) yang kini seorang doktor dan merupakan satu - satunya anak perempuan Sudhakar (Hareesh Peradi) yang merupakan orang kanan pada Gnanamoorthy dalam politik. Dalam hal yang lain Gnanamoorthy sering bertelagah dengan ahli politik yang lain iaitu Manimaaran (Bala) dalam berebut tanah orang asli di kawasan itu. Gnanamoorthy ingin mempertahankan tanah itu dan membiarkan orang asli untuk terus tinggal disitu, berbeza dengan Manimaaran yang ingin membangunkan tanah tersebut menjadi resort.
Manimaaran juga adalah kawan pada Saravanan dan merupakan orang terakhir yang berada dengan Saravanan sebelum Saravanan hilang. Disebabkan hal itu Manimaaran sangat dibenci oleh Gnanamoorthy dan keluarganya. Bagi mereka Manimaaran adalah penyebab Saravanan hilang. Tak lama kemudian polis jahat Jeevanand mula mengugut Vicky. Malah Jeevanand juga turut mengugut Gnanamoorthy dan mahukan duit yang banyak. Rupa - rupanya sebelum ini Gnanamoorthy turut berpakat dengan Jeevanand untuk membuat Vicky menyamar menjadi Saravanan. Sejak dari mula lagi ini adalah idea Gnanamoorthy namun Vicky tidak tahu mengenai hal ini. Vicky makin senang dan berasa selesa berada dalam keluarga itu. Malah Parvathy kakak pada Saravanan juga telah berbaik dengannya. Keikhlasan Parvathy yang sangat mempercayainya membuatkan Vicky berasa bersalah kerana dia bukan Saravanan yang sebenar. Dalam masa yang sama Vicky juga berasa pelik bila ada orang cuba membunuh dirinya kerana menyangka dia adalah Saravanan yang sebenar?. Hal tersebut membuatkan Vicky mula menyiasat sendiri mengenai kehilangan Saravanan dan cuba mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada Saravanan. Vicky akhirnya terkejut mengetahui kebenarannya. Apa sebenarnya yang berlaku??..