GOOSEBUMPS 2 HAUNTED HALLOWEEN - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

GOOSEBUMPS 2 HAUNTED HALLOWEEN

GOOSEBUMPS 2 HAUNTED HALLOWEEN merupakan filem terbaru kesinambungan  goosebump dimana makhluk dari buku penulis R.L Stine yang disumpah.
Kali ini filem ini berkisar tentang 2 orang budak iaitu Sonny dan Sam yang diminta mengemas sebuah rumah dan mereka terjumpa sebuah buku yang ditulis oleh R.L Stine bertajuk Haunted Halloween.

Sonny telah membuka buku tersebut dan secara tak sengaja membaca mantera yang melepaskan patung bernama Slappy. Jika anda menonton filem pertama Goosebump maka anda pasti kenal Slappy.
Pada mulanya Slappy muncul dan mereka ingat ia merupakan kawan tetapi apabila ia mencederakan rakan kakak Sonny barulah mereka tahu ia jahat.

Sonny, Sam dan kakak Sonny Sarah telah memukul dan membuang Slappy di sungai tetapi Slappy masih lagi menghantui mereka. Lalu mereka cuba menelepon R.L Stine untuk meminta tolong tetapi ia tak dapat dikesan.

Lalu mereka terpaksa melawan Slappy sendiri. Dan untuk melawan Slappy mereka harus mendapatkan buku yang dijumpai oleh Sonny yang telah dicuri oleh Tyler. Semasa mereka cuba mengambil buku dari rumah Tyler, mereka diserang oleh Gummybear. Memang kelakar melihat Sunny dan Sonny melawan gula-gula. Dalam perkelahian tersebut secara tidak sengaja Sonny terbuka buku R.L Stine dan ia menyedut semua Gummybear tersebut. Maka mereka mengetahui bagaimana untuk mengalahkan makhluk tersebut.


Pada masa yang sama, Slappy telah menculik mak mereka dan telah mengaktifkan Tesla. Pengaktifan Tesla tersebut secara tak langsung telah membuat semua patung Halloween hidup dan menyerang manusia dipekan tersebut.

Mahu tak mahu Sonny, Sarah dan Sam terpaksa pergi tapak TESLA untuk melawan Slappy yang telah menculik mak mereka.  Bagaimana mereka mengalahkan Slappy. Itu anda terpaksa tonton sendiri.

Rating filem GOOSEBUMPS 2 HAUNTED HALLOWEEN ini aku berikan 4/5 sahaja kerana lawak dalam filem ini adalah lawak sederhana. Kesemua watak utama adalah kanak-kanak dan makhluk-makhluk yang ujud tidak menyeramkan sangat. Selayaknya untuk tontonan kanak-kanak takkan nak buat makhluk yang ngeri...hahahaha.

Tetapi ia tetap seronok ditonton. Pada akhir filem ini, rupanya Slappy tidak mati dan ia mengikuti R.L Stine dan mencampakkan beliau ke dalam buku. Apa yang terjadi aku rasa, mesti ada filem baru akan keluar lagi...huhuhuhuhuh.