PASKAL THE MOVIE - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

PASKAL THE MOVIE

 Filem PASKAL THE MOVIE agak terlewat aku menontonnya setelah hampirsebulan ditayangkan di pawagam. Sebuah filem semangat patriotik serta mainan jiwa yangmanakah penting samada negara atau ibu.

Rating filem ini aku berikan 5/5 bukan kerana kesan khas atau skill aksi yang menarik dan tulen. Tetapi semangat yang mesti ada pada jiwa semua rakyat Malaysia sebagaimana anggota Paskal mengorbankan diri mereka untuk negara dan pada yang sama pandangan keluarga atau masyarakat yang tidak memahami diri mereka.




SINOPSIS
PASKAL THE MOVIE mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Anwar, seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas. Apabila rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. Namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan.


Watak Laksamana Komander Arman Anwar yang dipegang oleh Hairul Azreen telah diinspirasi daripada watak Panglima PASKAL, Laksamana Pertama Anuar Bin Alias. Selain daripada itu, watak-watak lain adalah hanya rekaan sahaja.

Uniknya, filem ini bakal membuka minda penonton kepada tanggungjawab, kredibiliti serta pengorbanan anggota PASKAL yang terpaksa dipikul demi keselamatan negara tercinta.

Sementara itu, pengarah fotografi, Yong Choon Lin juga memberi kehebatan sinematografi dari pembukaan hingga penamat filem, antaranya banyak menyaksikan pemandangan indah di Semporna, Labuan, Kota Kinabalu dan Turki.

Setiap adegan juga diperkuatkan dengan susunan muzik skor yang kemas bagi membangkitkan perasaan penonton.

Pengarah & Penebit : Adrian Teh
Pelabur : Asia Tropical Films Sdn Bhd, Golden Screen Cinemas Sdn Bhd, Multimedia Entertainment Sdn Bhd, Granatum Ventures Sdn Bhd & Astro Shaw Sdn Bhd
Pengedar Filem : GSC Movies Sdn Bhd 
Produksi: Asia Tropical Films Sdn Bhd
Kos Produksi : RM 10 Juta
Tarikh Penggambaran : 10 Mac 2018 - 30 Mei 2018
Lokasi Penggambaran : Kuala Lumpur, Lumut, Kota Kinabalu, Labuan, Sempirna & Turki Durasi
Filem : 115 minit
Tarikh Tayangan : 27 September 2018