Deadpool 2 - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Deadpool 2

Deadpool 2

Kaki Wayang hari ini menonton filem Marvel lagi iaitu Deadpool 2. Filem dalam kategori 18sx iaitu filem untuk orang dewasa. Memang pun, sebab keganasannya boleh tahan...Awal-awal filem ini dah tunjuk tahap keganasan yang tahap ganas giler.

Cerita bermula agak sedih apabila teman wanita si Deadpool ini ditembak semasa penjahat menyerang rumah mereka. Membuatnya menjadi tidak tentu arah dan akhirnya beliau mengambil keputusan membunuh dirinya dengan mengebom dirinya.

Tapi beliau telah diselamatkan oleh kawan lamanya si Colossus dari XMen. Dalam usaha memulihkan dirinya yang sedih ini ia telah menyertai XMen dan misi pertama mereka ialah apabila ada budak bernama Russel yang mempunyai kuasa api telah mengamuk.

Beliau berjaya menenangkan budak tu tapi Deadpool telah membunuh pengawal yang mendera si Russel ini. Akibatnya Russel dan Deadpool telah dimasukkan ke penjara mutan dan mereka telah dipasangkan alat dileher yang mengikat kuasa mereka, Bermakna Deadpool telah menjadi orang biasa.

Deadpool dan Russel telah diletakkan di sel penjara yang sama tapi Deadpools tidak melayan Russel.
Pada masa yang sama, pengembara dari masa hadapan bernama Cable telah datang ke tahun 2018 untuk membunuh Russel.

Beliau telah menyerang penjara mutan tersebut dan malangnya beliau gagal membunuh Russel disebabkan Deadpool menghalangnya. Deadpool berjaya melepaskan diri dari penjara tersebut tetapi Russel tidak berjaya. Pada masa itu Russel telah berkawan dengan penjahat baru bernama Juggernout.

Disebabkan penjara mutan telah diserang, semua banduan mutan akan dipindahkan ke penjara lain. Deadpool ingin menyelamatkan Russel telah membuat pasukan baru bernama XForce tapi dalam ramai-ramai ahli XForce yang boleh pakai ialah Domino iaitu mempunayi kuasa bernasib baik ( luck)..heheheh.

Yang lawaknya sebelum semua ahli XForce  sempat selamatkan Russel mereka semua perlu terjun dari kapal terbang tetapi semuanya mati kecuali Domino.Memang lawak situasi tersebut.

Ahli XForce yang hidup iaitu Deadpool dan Domino cuba menyelamatkan Russel tetapi si Cable pula mengganggu. Sekali lagi Deadpool harus melawan Cable tetapi pergaduhan mereka terhenti disebabkan Juggernout rakan Russel terlepas dan melawan mereka berdua. Deadpool putus dua badan dia, memang giler ler.

Akhirnya Cable dan Deadpool harus bekerjasama untuk melawan Juggernout dan mereka masih lagi bertelingkah iiatu Cable mahu membunuh Russel dan Deadpool mahu menyelamatkan Russel.

Inilah klimak pergaduhan terbaik kerana dalam usaha melawan Juggernout Cable, Domino, Deadpool dan Colossus berganding bahu.

Adakah mereka berjaya mengalahkan Juffernout?
Adakah Russel dibunuh oleh pengembara masa Cable?
Siapakah Cable yang beria-ria mahu membunuh Russel?

Rating filem ini aku berikan 4.8/5 kerana lawak tak logik dan mati tak logik. Yang penting sepanjang filem ini memang kelakar dan menyakitkan hati..Serius!!!