Jurassic World The Fallen Kingdom - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Jurassic World The Fallen Kingdom

Jurassic World The Fallen Kingdom

Jurassic World The Fallen Kingdom adalah filem terbaru kisah dinosour yang terkenal tu ler. Kali ini sambungan dari filem tahun 2015 iaitu Jurassic World dimana ketika itu  taman tema baru dinosour telah dibuka tetapi macam biasa, dinosour tersebut terlepas.

Dalam sequel pertama ini anda kena ingat dinosur Raptor bernama Blue yang telah menyelamatkan tuannya Owen serta pengurus taman tema tersebut iaitu Claire. Mereka adalah isi penting dalam sequek kedua ini nanti.

Berbalik pada filem terbaru Jurassic World The Fallen Kingdom dimana filem ini bermula dengan berita kemusnahan Isla Nublar yang dilanda letusan gunung berapi dan akan musnah seluruh makhluk dinosour ini.

Claire pada ketika ini telah menjadi aktivis ingin menyelamatkan dinosour di Isla Nublar tetapi kerajaan Amerika telah membuat keputusan untuk membiarkan perkara ini. namun sebuah syarikat iaitu syarikat Hartanah Lockwood telah berjanji akan membantu Claire menyelamatkan semua dinosour di pulau tersebut.

Tapi ia juga harus menyelamatkan raptor bernama Blue kerana ia adalah spesis yang penting. Tapi untuk menjejak Blue mahu tak mahu Claire terpaksa mencari Owen dan mengajaknya.

Namun mereka ruapnya ditipu oleh syarikat tersebut denagn tujuan ingin menjual dinosour tersebut dengan harga yang mahal. Claire dan Owen berusaha untuk menghentikan perbutan jahat mereka.

Pada masa yang mereka juga terlibat dakam pengubahan genetik dan mencipta dinosour yang lebih hebat dari Raptor. Sebenarnya filem ini memang panjang dan detail lagi tapi aku hanya berikan cerita basic sahaja..heheheh.

Rating filem ini aku berikan 4.5/5 ler, kerana ada unsur tak logik walaupun aksinya menarik cuma isi cerita di agaklonggar. Namun ia tetap mendebarkan.