Solo Star Wars - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Solo Star Wars

Solo Star Wars
Semalam kesempatan menonton filem kegemaran ramai iaitu francais Star Wars dengan filem baru Solo Star Wars.

Siapa tak kenal Han Solo iaitu watak utama dalam filem kronologi Star Wars dan akhirnya dibunuh oleh anaknya hasil perkahwinan dengan Puteri Leia.

Kali ini Lucas Film telah membuat filem tentang asal usul Han Solo. Bagaimana ia mendapat Millenium Falcon yang terkenal itu. Dan bagaimana bermula persahabatan beliau dengan Chewbacca.

Rating filem ini aku kasi 4/5. Biasa- biasa sahaja filem tapi aura Han Solo tu membuat kita pergi ke pawagam. Nak tahu juga asal usulnya kan.

Han Solo ini bermula sebagai hamba kanak-kanak di sebuah pelabuhan di Corellia. Sikap memberontak beliau sejak kecil telah wujud dimana beliau telah menipu tuannya dan mencuri Coaxium iatu satu minyak hyperfuel yang mahal.

Han Solo telah berjaya melarikan dengan rakan wanitanya Qira tapi malangnya semasa melarikan diri, Qira telah ditangkap.

Han Solo telah menyertai askar Empire sebagai langkah melarikan diri. Yang bestnya nama beliau sebenarnya Han sahaja tapi masa nak daftar diri, petugas sana letakkan Solo masa isi borang pendaftaran.

Selama tiga tahun beliau menyertai askar Empire hinggalah beliau menemui Beckett iaitu perompak galaxy.

Sebelum itu beliau telah ditipu oleh Becket dan dicampakkan ke penjara bersama Chewbacca.
Pada mulanya Chewbacca mahu membunuhnya tapi beliau berjaya memujuknya untuk bersama- sama larikan diri.

Semasa melarikan diri, Beckett telah mengambil mereka dan jadikan mereka dalam pasukannya untuk mencuri Coaxium dari Empire.

Tapi sayangnya, rancangan mereks gagal kerana bergaduh dengan pencuri lain iaitu Drys Nest. Hingga mengorbankan rakan mereka Val.

Bermulalah episod cerita ini apabila Beckett harus menemui Dryden Vos iaitu sindiket jenayah Crimson Tide yang mengupah Beckett untuk mencuri Coaxium. Han Solo dan Chewbacca sanggup bersama-sama Becket menemui Dryden Vos.

Semasa menemui Dryden Vos, Han Solo terserempak dengan Qira yang kini menjadi leftenan Dryden Vos.

Atas menembus kesalahannya, Beckett bersetuju mencuri Coaxium dari Planet Karlein.
Tapi untuk merealisasikan curian ini mereka harus mempunyai kapal yang laju.

Bermulalah kisah bagaimana Han Solo menemui Lando. Kenal Lando kan...

Bersama Lando yang mempunyai kapal Millenium Falcon mereka bersama ke planet Kralein ditemani oleh Qira untuk memantau operasi mereka.

Banyak peristiwa menarik sepanjang pencurian Coaxium di Planet Karlein.
Berjayakah mereka mencuri Caoxium tersebut.
Adakah Qira akan jatuh cinta dengan Han Solo.
Adakah Drys Nest kumpulan yang sering mengganggu mereka kumpulan penjenayah atau pemberontak.
Adakah Beckett akan khianati mereka.

Semua terjawab apabila anda tonton filem Solo Star Wars ni.

Yang penting anda dah tahu bagaimana kisah pertemuan Han dengan Chewbacca dan Lando.
Itu yang penting kan....hihihi