Pacific Rim : Uprising - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Pacific Rim : Uprising


Hari ini menonton filem terbaru sequel Pacific  Rim: Uprising.  Sambungan dari filem melawan makhluk Kaiju iaitu raksasa yang dilepaskan oleh makhluk asing Precursor.

Dalam filem Pacific  Rim: Uprising ini mengisahkan setelah 10 tahun dunia ini bebas dari makhluk Kaiju. Dimana hero filem ini Jake Pentecost iaitu anak kepada Renjer Jaeger telah dibawa untuk melatih rekrut baru Jaeger.

Masa depan Jaeger hampir gelap kerana Shao Industri telah membina Jaeger berbentuk drone menggantikan juruterbang Jaeger.

Namun mereka tidak ketahu ketua jurutera Shao Industri iaitu Newt otaknya telah dikawal oleh Precursor dimana setiap drone mereka dimasukkan otak Kaiju. 

Apabila drone telah diluluskan dan beroperasi, Newt telah mengaktifkan Kaiju di dron tersebut. Tujuan dron itu di cipta untuk membuka lubang di Pacific Rim agar dapat melepaskan Kaiju.

Tokey Shao Industri telah berjaya mematikan operasi dron tersebut tetapi 3 Kaiju tahap 4 dan 5 telah terlepas. Rupanya baru mereka tahu, semenjak perang kesemua Kaiju tersebut menuju ke Gunung Fiji. 

Tujuannya darah Kaiju jika bergabung dengan nadir bumi di Gunung Fiji akan meletuskan tindakbalas pada Lingkaran Api Pasifik dan menyebabkan bencana paa bumi sekaligus membunuh semua penduduk bumi.

Dalam hal ini Jake serta rekrut baru mereka terpaksa menyelamatkan bumi dengan menentang Kaiju tersebut. Tetapi Newt telah mencipta nano robot dimana ketiga-tiga Kaiju tersebut boleh bergabung dan menjadi mega raksasa.

Apakah tindakan Jake serta rekrut beliau untuk menentang raksasa mega sebelum ia tiba di Gunung Fiji dan memusnahkan bumi.
Bagaimana Newt boleh dikawal mindanya oleh makhluk aaing Precursor. 

Filem Pacific  Rim: Uprising rating oleh kaki wayang ialah 3/5 sahaja. Filem yang bising dan penuh aksi melawan yang tidak seberapa. Tiada unsur-unsur kejutan dalam filem aksi ini.
Boleh ditonton tapi tak boleh dinilai terlalu tinggi.