Ready Player One - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Ready Player One

Ready Player One

Hari ini kaki wayang menonton filem terbaru Steven Spielberg iaitu Ready Player One

Dengan latar belakang tahun 2045, masa tersebut dunia telah berubah menjadi sebuah tempat dimana ketidakteraturan melanda seluruh elemen sosial. Kehidupan msyarakat bercelaru selepas bencana besar melanda bumi.

Untuk melarikan diri dari berbagai permasalahan tersebut, banyak orang kemudian mengikuti sebuah permainan virtual bernama Ontologically Anthropocentric Sensory Immersive Simulation (OASIS)yang diciptakan oleh James Halliday.

Dimana di dunia alam maya ini, mereka boleh melarikan diri dari kehidupan realiti dengan melayari OASIS dan menjadi apa sahaja mereka nak serta mengumpul mata dan syiling. Boleh cari makan kat sana....hehehe

Rentetan filem Ready Player One ini bermula apabila James Halliday telah meninggal dunia dan ingin menyerahkan syarikat OASIS kepada masyarakat dengan menganjurkan pertandingan di OASIS. Di mana beliau telah menyembunyikan 3 kunci untuk dicari di alam maya tersebut dan melalui kunci tersebut mereka akan memperolehi kedudukan telur emas. Dmana mereka yang berjaya memperolehi telur emas tersebut akan memiliki hak terhadap syarikat tersebut.

Hero dalam filem ini Wade Wyat telah cuba mendapatkan ketiga-tiga kunci tersebut sambil di bantu oleh rakan-rakannya Daito, Sho, Artsmiss dan Aerch. Dalam perjuangan mendapatkan kunci tersebut mereka di aniaya oleh Nolan iaitu pesaing OASIS iaitu Nolan dari syarikat IOI. Ia menggunakan teknik kejam serta membunuh makcik Wade Wyatt dalam memastikan mereka tidak memperolehi kunci tersebut.

Inilah jalan cerita Ready Player One secara santai Wade dan rakannya harus memecahkan teka teki untuk mendapatkan kunci tersebut dan pada masa yang sama melawan Nolan. Yang pastinya filem ini 80% berlaku di alam maya yang memperlihatkan kehebatan grafik serta perlawanan dunia permainan.

Rating Ready Player One yang aku akan berikan ialah 4/5. Walau pun jalan cerita ini amat santai dan kita pun menjangkakan kesudahan filem ini, ITULAH kelebihannya. Sudah lama aku tak tonton filem yang santai tetapi padat. Kebanyakan filem terkini terlalu banyak aksi dan terlalu dramatik .

Tapi filem Ready Player One ini memang sesuai untuk semua golongan dan ia menerapkan nilai kasih sayang serta persahabatan antara mereka berlima. Paling lawak apabila mereka cuba mendapat kunci ketiga dari filem hantu.memang kelakau Aerch kena kacau dengan hantu...scene yang terbaik.

Saya mencadangkan anda menonton filem ini. Bawa adik atau anak. Terbaik