‘Maze Runner : The Death Cure’ atau juga ‘The Maze Runner 3’ merupakan film Hollywood yang bergenre action, sci-fi dan thriller.
Filem Maze Runner : The Death Cure bermula dengan aksi yang hebat dimana mereka cuba menyelamatkan Minho yang telah diculik pada episod yang lalu. Aksi bagaiaman bagaimana mencuri gerabak keretapi yang penuh dengan banduan imun yang digunakan untuk ujikaji mencari penawar virus Flare.
Namun mereka tidak berjumpa dengan Minho keran ia disembunyikan di gerbak lain dan dipindahkan ke kota Wicked. Thomas iaitu hero filem ini serta Brenda, Newt dan Fry telah pergi ke kota Wicked untuk menyelamatkan Minho.
Dalam perjalan itu pun seronok juga melihat bagaimana mereka diserang oleh zombi, kelakau pun ada.
Setelah sampai ke pintu kota tersebut mereka diselamatkan oleh Gally ( budaj jahat dalam episod pertama). Mereka menenui terowong untuk masuk ke kota tersebut. Thomas telah berjumpa dengan Teresa iaiut mak we lamanya yang telah mengkhianati mereka.
Dalam filem Maze Runner : The Death Cure ini seterusnya ialah perancangan mereka unruk menculik Teresa dan menyelinap masuk ke bangunan utama untuk membawa lari Minho. Adakah mereka akan berjaya? Adakah Teresa akan mengetahui Thomas adalah pembawa penawar untuk Virus Flare?
Ratiing filemin aku berikan 4.5/5 kerana ia penuh aksi dan mainan perasaan yang kuat sekali apabila Newt mati. Newt mati? Kenapa? Anda kena tonton filem ini seterusnya.
Aku rasa ini adalah filem terakhir dalam siri Maze Runner ini kerana semua orang jahat dalam filem mati dan mereka pun dah berpindah ke sebuah pulau.