ABG LONG FADIL 3 SINOPSIS DAN REVIEW - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

ABG LONG FADIL 3 SINOPSIS DAN REVIEW

 

ABG LONG FADIL 3 SINOPSIS DAN REVIEW

Semalam menonton filem terbaru Melayu komedi iaitu Abg Long Fadil 3 yang amat kelakar dan saya berikan rating 5/5. Awesome !!!!!


Saya pernah katakan dahulu dan bayak kali iaitu sebuah filem yang baik bukan sahaja bergantung pada skrip tetapi pada pelakonnya yang menjiwai wataknya.


Macam foelm Mat Kilau kalau tanpa Adi Putra rasanya ia akan melatup tak? Kalau filem Jack Wick kalau tanpa Keani Reeves akan meletup tak?


REVIEW ABG LONG FADIL 3


Kenapa saya berikan rating 5/5 kepada filem  ABG LONG FADIL 3 ini sebab pelakonnya. Ia sebuah  filem koemdi dengan skrip standard dimana orang jahat hendak mengambil alih negara dengan mengawal fikiran Ptesiden negaranya. Itu skrp standard yang digunakan oleh semua pengarah.  


Cuma dari segi pengarapannya adalah bergantung pada pengarah filem tersebut. Itu sahaja yang membezakannya. Walau bagaimana pun saay tabik pengarah muda Syafiq yang mampu mengarah sebuah filem komedi yang mantap.


Berbalik pada rating 5/5 saya berikan kerana filem ini dijayakan bukan oleh seorang pelakon yang membawa watak komedi yang spontan dan berkualiti. Tetapi oleh sekumpulan pelakon yang saya buat susah payah di atas tu gunakan Canva semata-mata hendak memberi kekaguman saya pada mereka..hehehe


Ramai pelakon handalan yang berlakon dalam filem ABG LONG FADIL 3 ini tetapi saya suka 9 orang ini.


Zizan ( Fadil/Jefri) 

Memang cukup kelakau dan mampu membawa 2 watak yang berbeza menunjukkan tahap profesional beliau sebagai seorang pelakon kelas A. Sepanjang filem ini watak komedi beliau memang tak boleh blah beb!!!! 

Nak kasi contoh , hampir semua kelakar!!


Johan( Chow Han) 

Watak gangster yang jahat tetapi kelakar. Ton suara dia yang kelakau serta gaya sebagai penjahat yang kau menyampah tetapi kelakau memang cukup hebat. Nampak macambodoh tetapi bijak dan jahat, macam tu ler watak dia.


Ozlynn Waty ( Ocy) 

Membawa watak Ocy iaitu isteri Chow Han dengan watak gedik-gedik dan gilakan lelaki memang sukar kau nak buat tetapi amat menjadi dilakukan oleh Ocy. Dan ianya nampak natural !!!


Johan dan Ozlynn memang serasi membawa watak sedemikian dan ini yang aku puji dengan Syafiq bijak mengatur keserasian pelakonnya. 


Tania Hudson (Yana) 

Satu lagi watak terdahulu dalam Abg Long Fadil 2 yang menjadi mangsa keadaan dalam filem ini dan 3 kali beliau jatuh dalam kolam renang memang kelakau dan paling kelakau apabila dia namaoak Jefri bersama macam -macam perempuan seperti Ocy dan Alice.

Watak dia memang pemarah tetapi senang dibidohkan oleh Fadil dan kerana itu ia sering jadi mangsa culik oleh penjahat...


AC Mizal ( King Cobra) 

Satu lagi watak terdahulu dalam Abg Long Fadil 2 yang membawa watak penjahat kepada Chow Han. Jika anda melihat Abg Long Fadil 2 dengan watak ini memang sama ler.


Jahat melampau dan kelakau. Serius AC Mizal ini memang nampak bertenaga dalam filem ini.


Elizabeth Tan ( Alice) 


Nampaknya Elizabeth ini dahikat kontrak menjadi ahli keluarga Skop Production sebab dalam filem Skp Production serta drama mesti ada beliau...


Tapi aku rasa pemilihan beliau sebagai ahli keluarga Skop Production adalah aset yang baik kerana beliau memang pandai berlakon dan berlawan. 


Cuma dalam watak ini, beliau membawa watak Alice bukannya watak kelakar tetapi sebagai ejen yang serius tetapi aku respek kerana ia boleh tahan dengan perangai pelakon-pelakon lain yag memang kelakau.


 ABANG PAYUNG WATAK-WATAK KELAKAU ABG LONG FADIL 3




WATAK GADUH DALAM ABG LONG FADIL 3

Skil gaduh dalam filem ini memang macam fiem kungfu Jackie Chan terutama apabila berlaku perlawanan antara Johan dan Zizan. Saya ada tunjukkan kat atas ni.

Kedua ialah pergaduhan Alice dengan Maya serta seoarng lagi pelakon Cina iaitu Daniela pun hebat jugak.  Siap main kapak lagi.

AC Mizal bergaduh dengan Shuib dan Singg pun hebat jugak dan macam biasa Yana nak masuk campur. Amik kau kena campak..ahaks,

Tabik jugak pada koreografi silat dalam filem ini yang buat nampak real tetapi sekali lagi yang buat nampak real ialah pelakonnya. Betul Tak!!!


KERETA MELETUP  DALAM ABG LONG FADIL 3

Aku rasa kegemaran Syafiq ini suka letupkan kereta kot . Tapi kali ni kereta yang dia letupkan memang mahal ler terutama BMW yang kalau nak start kena sebit "Emma ......" 


Aku tak tahu, ayat ini disengajakan atau tak oleh team produksi kerana kit atahu kes Zizan dengan Emma Maembong. Tapi ianya menjadi ler...ahaks.

Aku rasa dalam filem ini lebih kurang 5 biji kereta mewah meletup dan nasib baik aksi meletup itu di ambil dengan baik.


SINOPSIS ABG LONG FADIL 3

Abang Long Fadil 3 merupakan filem aksi komedi Malaysia 2022 arahan Syafiq Yusof dengan skrip oleh Syafiq dan MF Kencana terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw.


Kesinambungan kepada Abang Long Fadil 2 (2017) dan siri ketiga dalam francais Abang Long Fadil, filem ini mengekalkan Zizan Razak sebagai Fadil dan dibintangi bersama oleh Johan Raja Lawak, Elizabeth Tan, Maya Karin, AC Mizal, Shuib Sepahtu, Kazar Saisi, Ozlynn Waty, Tania Hudson, Wak Doyok dan Daniella Sya.


Filem ini mengisahkan tentang Fadil yang berkhidmat sebagai ejen perisik Perkhidmatan Rahsia Negara (NSS; National Secret Service), dalam misi untuk menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, sementara dia diburu oleh King Cobra kerana dendam dahulu.


Mengisahkan tentang kehidupan Fadil yang mendapat tawaran daripada NSS (National Secret Service) untuk menjadi seorang ejen atau perisik profesional dalam menjatuhkan kumpulan samseng terbesar SSO (Secret Society Organization) yang diketuai oleh Chow Han. 



Chow Han bersama kumpulannya mempunyai niat jahat untuk menakluki negara Nusantara dan mengambil alih kerajaan daripada Presiden Republik Nusantara tersebut. Ejen Fadil bersama Ejen Alice bekerjasama untuk menumpaskan konspirasi jahat Chow Han tersebut.



Akan tetapi misi tersebut menjadi semakin rumit apabila bekas teman wanita Fadil iaitu Yana menggangu misi NSS tersebut sekali gus melambatkan misi yang telah ditetapkan oleh Chief Kazar. Chow Han menyedari bahawa dia telah diintip oleh NSS, jadi dia menghantar seorang pembunuh Raja Cobra untuk menghapuskan Fadil dan Alice.



Abang Long Fadil 3
(2022) on IMDb