Ola Bola merupakan sebuah filem bertemakan sukan arahan Chiu Keng Guan dan dibintangi oleh JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae dan Frankie Lee.
Filem Ola Bola ini mengisahkan mengenai kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980.Filem ini dijangka bakal ditayangkan kepada umum pada 28 Januari 2016.
Untuk filem Ola Bola ini kaki wayang terpaksa berikan rating 5/5 bukan sahaja jalan ceritanya menarik tetapi seni sinematografinya juga terbaik. Malah ia memberi kesan patriotil yang mendalam selepas menontonnya.
Pemainnya legenda ini lahir semasa aku berumur 7 tahun, memang agak asing kerana aku dilahirkan dengan nama legenda Supermok. Namun semangat filem Ola Bola menyuntik semacam perasaan cintakan negara ketika menontonnya.
Filem Ola Bola langsung tidak menyentuh soal agama mahupun bangsa tetapi ia berbicara tentang setiap manusia di dunia ini sama sahaja. mempunyai masalah yang sama dan memerlukan kasih sayang dan sokongan keluarga. Tidak kira kau melayu, cina atau india.
Melihat telatah adik Muthu bertiga yang sangat nakal sangat mencuit hati. Melihat mereka memanjat stadium Merdeka semata-mata ingin melihat abang mereka.
Watak utama Tauke seorang berbangsa cina berusaha menyatukan kumpulannya. Jatuh bangun beliau dalam mencapai cita-citanya aku rasa di zaman sekarang ini, ramai tak sanggup laluinya.
Apabila melihat Tauke sanggup mengeluarkan wang simpanannya bagi membantu Muthu membuat aku sebak. Dah lama sangat aku tak melihat atau menonton dalam filem Ola Bola perbezaan kaum langsung tiada. Kita semua adalah serupa.
Filem Ola Bola sebeginilah harus di pupuk dan dilihat oleh semua anak bangsa Malaysia. Aku yakin sesiapa yang menonton filem ini pasti akan terusik semangat patriotiknya.
Tahniah buat pengarah filem Ola Bola ini kerana anda bukan sahaja mempunyai jalan cerita yang baik tetapi garapan patriotiknya memang awesome.
Kata-kata terhebat filem Ola Bola ini " Kalau Kita Kalah, Biar Kita Kalah Sama-Sama" dan kata Muthu kepada Ali " I Cover You, You Cover I"