Independence Day Resurgence - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Independence Day Resurgence



Kaki Wayang menonton filem terbaru kesinambungan Independence Day lakonan Will Smith.

Dan kini selepas 20 tahun, Independence Day Resurgence muncul kembali. Dimana selepas 20 tahun, bumi telah menggunakan teknologi makhluk asing dalam membangunkan dunia.

Malah bumi telah menyusun pertahanan untuk kedatangan makhluk asing.

Namun malangnya semua pertahanan bumi tidak berguna dan mereka dijajah semula. Bermulalah peristiwa melawan makhluk asing tersebut.

Cuma dalam filem ini, ruginya Will Smith tidak berlakon dalam filem ini. Semua pelakon asal dalam filem pertama ada kecuali beliau.

Walau bagaimanapun kaki wayang berikan ranking 3/5 kepada filem ini.

Jalan cerita hingga aksi dalam Independence Day Resurgence ini agak biasa sahaja. Kita dah menonton banyak filem makhluk asing maka harapan untuk melihat kelainan filem ini agak membara. Namun ia gagal memberi kelainan itu.

Kemusnahan bandar kalau dibandingkan filem 2012 ianya lagi hebat dari Independence Day Resurgence.

Kalau nak bandingkan kapal penjahat lagi hebat kapal filem Star Trek.

Kalau nak bandingkan melawan ratu makhluk asing itu lagi hebat filem Predator.

So tiada apa yang baru dalam filem ini. Tapi berbaloi tengok sebab ia padat dengan aksi. Cuma kalau nak kelainan minta maaf lerr..hahahaha.

Aku rasa kalau Will Smith ada mungkin ia berlainan sedikit kot.
Selamat menonton filem Independence Day Resurgence.