Mat Moto -Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Mat Moto -Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit


Mat Moto -Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
Kaki Wayang baru sahaja menonton filem Mat Moto -Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit arahan Pekin Ibrahim aku kasi ranking 3/5.

Mat Moto -Kami Mat Moto Bukan Mat Rempitsebuah cerita perjalanan mamat ini bernama Al yang mencari 4 buah helmet rare di 4 buah negeri iaitu Trengganu, Kelantan, Pulau Pinang dan Melaka,

Pelakon sampingan semuanya hebat-hebat belaka iaitu Pekin Ibrahim, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Faizal Hussein, Rosyam Nor, Cat Farish,

Tujuan Al mencari helmet tersebut adalah untuk memenuhi impian rakan baiknya yang terbunuh akibat salah faham masyarakat yang memukul rakannya ketika berlaku kemalangan.

Kaki Wayang tidak mahu bercerita secara detail tentang filem Mat Moto -Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit ini. Perjalanan cerita ini secara peribadinya amat menarik ala-ala filem Cina The Journey yang popular dahulu. Dimana beliau berjumpa dengan semua geng Mat Moto dalam misi mencari helmet dan setiap negeri yang dipergi mesti dilakonkan oleh pelakon hebat!!

Mat Moto -Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit  yang merosakkan jiwa filem ini ialah seni sinematografinya yang agak lemah. Dalam filem pengembaraan dan kesesakan Mat moto disetiap perjumpaan di negeri-negeri ini seolah-olah dipersiakan seninya.

Sepanjang perjalanan beliau tidak salah dikatakan banyak pemandangan landskap yang boleh diambil serta fokus kepada Al semasa beliau memandu motor RXznya.

Kita ambil mudah bandingkan teknik sinematografi The Journey dengan Mat Moto -Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit. Memang jauh berbeza.

Namun itu pandangan peribadi Kaki Wayang, tetapi jika anda menilai perjalanan filem ini ia mempunyai nilai yang tersendiri dan cuba memeprkatakan bahawa Mat Moto bukannya semua Mat Rempit. Tak salah saya katakan pendangan masyarakat mungkin akan berubah terhadap Mat Moto ini apabila menonton filem ini.

Kaki Wayang: Mat Moto -Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit