Inside Out - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Inside Out


Inside Out

Hari ini meluangkan masa bersama anak-anak tengok wayang terbaru iaitu Inside Out. Filem kartun keluaran Pixar yang mempunyai nilai yang baik untuk ditonton oleh anak-anak.

Dalam filem Inside Out ini mengisahkan di otak manusia terbaik beberapa elemen yang terdiri dari Disgust, Fear, Sadness, Anger dan Joy. Dalam kisah ini mereka berada dalam otak seorang anak gadis bernama Riley yang sedih terpaksa pindah ke bandar baru.

Pergolakan sebenarnya bukan dari Riley tetapi Joy yang sentiasa beria-ria mahukan Riley ceria dan menganggap Sadness sebagai elemen pemusnah kebahagiaan Riley.

Namun segala-galanya musnah apabila Joy dan Sadness terhumban dari ibu pejabat mereka dan kawalan otak dilakukan oleh Anger, Disgust dan Fear. Kelam-kabut jadinya....

Semasa Joy dan Sadness berusaha untuk kembali, inilah bermulanya pengembaraan sebenar mereka. Dalam filem Inside Out ini ia memberi makna kesedihan ( sadness) ujud dalam diri manusia dan bukannya keceriaan semata-mata.

Tetapi melalui kesedihan kita dapat mengeratkan kasih sayang dari ibu bapa yang menyayangi kita. Memang best filem ini dan saat-saat akhir meluahkan kesedihannya, aku hampir menitiskan air mata. Ya, filem kartun tapi mainan emosinya memang awesome.

Rating yang aku boleh berikan Inside Out ialah 5/5. Kaki Wayang mengatakan ia filem Inside Out  wajib di tonton!!!!

Inside Out