Sudah cukup lama aku mencari filem Al-Fateh 1453 ini, semenjak ia di gembar-gemburkan sebagai filem terbaik dari Turki.
Sebuah filem yang menayangkan keagungan islam dan bagaimana Konstantinople di takluk oleh Sultan Muhammad al-Fateh telah diterjemahkan dengan baik melalui filem ini.
Akhirnya aku telah jumpa setelah 3 tahun aku mencari, lama jug ayek. Tah ler tiba-tiba hari ini aku teringat nak downliad filem ini dan di You Tube ada full episod...syukur alhamdulillah .
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah berkata: “Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”
Hadis ini telah membakar semangat sekian banyak tokoh dan tentera Islam untuk menakluki dan ‘membuka’ Konstantinople yang terkenal dengan keutuhan tembok berlapisnya. Dari semasa ke semasa ada saja perwira yang mahu diri mereka memenuhi maksud hadis Nabi itu.
Sejak zaman para sahabat sehingga 800 tahun kemudiannya, pelbagai kempen ketenteraan dilakukan namun kesemuanya gagal menembusi tembok Konstantinople.
Konstantinople yang berada dalam Empayar Byzantine ini sangat penting kerana ia merupakan laluan utama untuk ‘membuka’ Eropah keseluruhannya.
Runtuh sahaja pintu Eropah, bermaksud mudahlah untuk sesiapa sahaja menerobos ke luar sana. Tuhan menzahirkan kebenaran kata-kata Nabi Muhammad saw itu melalui Sultan Muhammad al-Fateh.