Kaki Wayang kali ini membawa filem terbaru Dracula Untold sebuah filem yang berkisar latar belakang Transville dibwah naungan Putera Vald yang akhirnya membawa beliau menjadi puntianak atau "vampire".
Rating filem ini aku boleh kasi 4/5 kerana jalan ceritanya tidak membosankan tetapi aksi atau teknik agak hambar. Hambar membawa maksud teknik yang digunakan bukan tidak baik tetapi aku pernah melihat lagi baik sebelumnya...hehehehehe.
Cerita ini banyak membawa penonton bermain dengan perasaan dan pengorbanan seorang suami, isteri dan anak demi menyelamatkan mereka yang tersayang.
Dracula Untold ini menceritakan kisah sebenar ujudnya syaitan penghisap darah bernama Dracula ini. Dahulu kita sering dimomokkan Dracula ini seorang yang jahat tetapi dalam filem ini ia menceritakan sebaliknya.

Demi menyelamatkan anaknya iaitu salah seorang yang wajib diserah kepada Turki, beliau mengambil keputusan menjadi Dracula.
Bagaimana beliau menjadi Dracula aku tidak ceritakan lerrr...
Kematian isterinya juga adalah salah satu penyebab ujudnya Dracula....bagaimana? Pun aku tak boleh ceritakan...hehehehehe.
Nak tahu kena tonton Dracula Untold , cerita ini dibawah P13 dan sesuai di tonton oleh kanak-kanak kerana aksinya tidak ganas sangat. Banyak memberi pengajaran sebenarnya cerita ini. Pengajaran dan pengorbanan dalam kesilapan membuat keputusan dan nila seorang ayah dan isteri...