SUPER 30 SINOPSIS DAN REVIEW - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

SUPER 30 SINOPSIS DAN REVIEW

SUPER 30 SINOPSIS DAN REVIEW

Kalau anda membaca tajuk filem ini mesti akan mengatakan ia sebuah filem superpower dengan kuasa ajaib. Tidak!!!

Ia tentang sebuah kelas percuma di India yang dinamakan Super 30 dimana dari 422 murid 418 dari tahun 2002 hingga 2018 memasuk Institut prestij India IIT. Bukan calan-calang yang bisa masuk ke institusi ini tapi guru yang ini aiaiti Anand Kumar telah bejaya dengan sistem 30 dimana kebanyakkan pelajar miskin ini masuk ke Institut tersebut.

Ini adalah kisah benar dan SUPER 30 telah digelar sebagai sekolah terbaik di Asia oleh. Obama.
Lakonan mantap Hitrik Roshan ini memang terbaik dan admin meremang bulu sepanjang filem ini melihat kisah benar pengorbanan seorang guru melepaskan segala-galanya hingga nak makan pun tak der duit demi untuk mengajar murid-murid miskin ini.

 SUPER 30 SINOPSIS ( Ambil dari sini)
Anand Kumar (Hrithik Roshan) lahir di Patna, Bihar di India. Ayah Anand adalah seorang pegawai kantoran di pemerintahan setempat. Rupanya Anand berminat dan menyukai pelajaran matematika. Saat kecil Anand belajar di High School Patna.

Anand Kumar dalam ujian kelulusannya kemudian menyerahkan makalah mengenai teori bilangan yang diterbitkan dalam Mathematical Spectrum dan The Mathematical Gazette. Dia kemudian diterima di Cambridge University namun tidak bisa melanjutkan karena kematian ayahnya terlebih setelah ayahnya meninggal tidak ada lagi pemasukan untuk keluarga, akhirnya Anand Kumar mengerjakan Matematika di siang hari dan menjual papads malam harinya bersama ibunya.

Anand Kumar juga mengajar siswa untuk mendapatkan uang tambahan. Anand memerlukan jurnal asing yang ada di Varanasi karena di Patna tidak ada satupun yang menyediakan hal itu. Untuk itulah dia pergi naik kereta api selama 6 jam ke Varanasi.

Super 30 (2019) on IMDb
 SUPER 30  REVIEW
Filem ini adalah sebuah filem berat bukannya filem cinta-cinta ala Hitrik.. Kalau ada pun hanya sekejap sangat dan keseluruhannya berkisar tentang perjalanan hidup Anand Kumar yang gagal masuk ke Cambridge disebabkan kekangan wang hingga menjual papadom dan menjadi guru tuisyen dan berhentui kerja hendak mengajar anak-anak miskin serta perjalanan pahit dalam merealisasikan impian anak-anak muda ini memasuki IIT. Filem ini adalah berkisar kelas pertama yang dibukanya pada tahun 2002 dimana semua pelajarnya berjaya memasuki IIT. Kalau di Malaysia umpama nak masuki ke Universiti Malaya ler.

Rating yang admin boleh berikan untuk filem ini ialah 4.9/5. Lakonan mantap Hitrik memang menjadi dengan membawa penonton ke arah kesukarannya dalam merealisaikan kelas SUPER 30 ini.
Filem ini tentang Anand Kumar dan sudah tentu Hitrik adalah pemain utama filem ini.

Barisan kanak-kanak yang membantu dalam filem ini memang berpotensi sebagai pelakon kerana kecekalan anak-anak miskin ini memberi kesan kepada kita yang menonton filem ini.

Filem ini wajar ditonton oleh semua pihak, ia bukan filem tipikal India penuh dengan nyanyian tetapi melihat sistem pendidikan India yang tidak memihak pelajar miskin walaupun mereka ini genius!!