BIRD OF PREY 2020 REVIEW DAN SINOPSIS - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

BIRD OF PREY 2020 REVIEW DAN SINOPSIS


bBirds of Prey: And the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn


SINOPIS Birds of Prey: And the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn

It's open season on Harley Quinn when her explosive breakup with the Joker puts a big fat target on her back. Unprotected and on the run, Quinn faces the wrath of narcissistic crime boss Black Mask, his right-hand man, Victor Zsasz, and every other thug in the city. But things soon even out for Harley when she becomes unexpected allies with three deadly women -- Huntress, Black Canary and Renee Montoya.

Bird Of Prey atau nama panjangnya Birds of Prey: And the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn  merupakan kesimbungan sambungan filem Suicide Squad. Itulah pertama kali aku mendengar nama Harley Quinn teman wanita Joker.

Dalam filem ini Harley Quinn telah berpisah dengan Joker dan ia telah berputus asa dan tidak tahu nak buat apa. Akhirnya beliau telah mengumumkan kepada semua Gotham City bahawa dia telah berpisah dengan Joker.

Ramai pihak yang mahu membunuh Harley Quinn. Dan pada masa yang sama, penjahat ganas iaitu Black Mask atau Roman Sionis telah mengugut Harley untuk  mencari seorang budak yang mencuri berliannya bernama Cassandra jika ia mahukan perlindungan darinya .

Mahu tak mahu Harley terpaksa bantu Roman dan menculik budak tersebut. Dalam filem ini juga terdapat watak Dinah Lance yang menjadi pemandu Roman telah bekerjasama dengan detektif bernama Montoya menyelamatkan Cassandra. 

Selain itu ada babak pembunuh pnah iaitu Huntress yang membalas dendam kematian keluarganya.
Jika dilihat banyak siri penceritaan yang pelbagai dalam filem ini tapi intipatinya ialah menyelamatkan budak kecil ini. Harley yang bersifat ganas pun tak mampu membunuh budak ini.

REVIEW  Birds of Prey: And the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn

Rating yang boleh diberikan pada filem ini adalah 4/5. Sebelum ini aku nak katakan kategori filem ini ialah 18SX iaitu ganas dan tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. 

Dalam filem ini aku tabik pada pelakon membawa watak Harley Quinn yang pakar menunujukkan ekspresi muka kekecewaan tetapi ditutupi oleh gaya pelawaknya yang ganas. Namun dalam  hati kita tahu dia kecewa. Hebatkan!!

Filem ini bukanlah filem yang sangat berat dan jika anda berharap ia sehebat Justice League atau Avenger ianya memang meleset sekali. Ia sebuah cerita santai yang mudah dan ganas. Dan bukan semua yang akan suka sedemikian tetapi untuk aku ia menarik.

Melihat bagaimana Harley belasah pengganas dan kerjasama Harley dengan rakan-rakan barunya Huntress, Black  Canary dan Montoya memang terbaik. Aksi-aksi mengejar Roman dengan motor juga amat menarik.

Filem ini juga mempunyai unsur jenaka yang memang kelakar. Sekarang ini jika filem adiwira tak ada unsur kelakar memang tak sah. Kalau tak bosan kau menontonnya.

Tak banyak yang dapat aku katakan tentang filem ini yang bermula dengan kekecewaan Harley ditinggalkan oleh Joker, kemudian ia membawa dirinya yang terumbang-ambing, kemudian dia ditangkap penjahat Roman untuk menculik budak kecil bernama Cassandra yang mencurinya berliannya, kemudian dia dan rakan-rakan barunya bertarung selamatkan budak tersebut. Isi cerita yang tak berat.

Kalau anda hendak melihat filem yang santai dan mempunyai kelainan serta melayan kegilaan Harley. Inilah filemnya....