UNDERWATER 2020 REVIEW DAN SINOPSIS - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

UNDERWATER 2020 REVIEW DAN SINOPSIS


UNDERWATER
Bulan Januari adalah bulan lemah untuk peminat filem kerana tiada filem yang menarik dan hebat.

Tapi sempat juga ler menonton filem baru iaitu Underwater. Tertarik dengan trailer aksi menyelamatkan diri di dasar lautan sedalam 7 batu serta di kejar oleh raksasa laut.

Kami adalah orang pertama masul ke pawagam dan jumlah keseluruhan penonton 6 ketul sahaja..ahaks. Panggung wayang kami yang punya!!!

Permulaan cerita ni straight to the point, tak der mainan perasaan. Dalam minit ke 10 aksi sudah bermula. Aku terkejut melihat sebuah filem yang pantas terus ke aksi dimana stesen dasar laut meletup dan heroin ni yang bernama Norahberusaha menyelamatkan diri.

Dalam usaha menyelamatkan diri, hanya 6 orang terselamat termasuk kapten. Mereka harus keluar dari stesen mereka dan pergi ke stesen Roebak yang harus merentas kegelapan dasar laut.

Bermulalah adventure 6 pelakon ni. Mula-mula sorang mati bila sut laut dia pakai meletup sebab ada kesan retak kat cermin.

Dan kemudian mamat sorang ni jumpa suatu hidupan laut yang menyerang mereka. Lalu mereka tahu bahawa stesen mereka musnah bukan kerana gempa bumi tapi serangan raksasa.

Seorang lagi pelakon mati bila ia ditangkap oleh sesungut raksasa tersebut.  Tinggal 4 ketul..

Dan semasa mereka hendak merentas jalan ke stesen Roebak, mereka diserang raksasa laut berbentuk manusia.  Ni telah menyebabkan kapten dia mati.

Tinggal 3 ketul. Mereka teruskan perjalanan ke Stesen Roebak dan apabila sampai disana mereka melihat berbu raksasa berbentuk manusia ni tengah tidur.

Akhirnya dengan susah payah mereka berjaya melarikan diri dan masuki stesen Roebak tapi tindakan mereka telah menyebabkan induk raksasa jadi marah.

Rupanya induk raksasa itu amatlah besar dan semua raksasa berbentuk manusia tinggal di badan raksasa induk.

Norah dan lagi 2 rakannya berusaha melarikan diri dan hanya jumpa 2 pod menyelamatkan diri. Sudah tentu heroin suruh mereka berdua naik pod tersebut.

Heroin bernama Norah akhirnya tinggal seorang diri dengan raksasa induk yang tengah musnahlan stesen tersebut.

Akhirnya, jalan terakhir beliau ialah meletupkan stesen kuasa nuklear tersebut dan sekaligus membunuh raksasa induk dan anak buahnya. Tamat...

Rating filem ni aku berikan 2.5/10. Mula-mula eksited sebab awal2 dah start aksi dan lepas tu sepanjang filem ini ialah menyelamatkan diri dan akhirnya mati gak...