SINOPSIS DAN REVIEW IP MAN : THE FINALE - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

SINOPSIS DAN REVIEW IP MAN : THE FINALE


Filem terbaru IP Man iaitu bertajuk The Finale. Kalau baca tajuk pun saya rasa kamu pun dah faham filem ini adalah filem siri terakhir Ip Man sejak ia di terbitkan pada tahun 2008 dan kemudian pada tahun 2010 dan 2015. Sebelum ini ada tajuk Master Z: Ip Man Legacy yang diterbutkan pada tahun 2018 tidak boleh disamakan dengan filem IP Man original kerana ia dilakonkan oleh pihak lain. Jangan salah faham yer.

Maka filem original Ip Man hanyalah empat sahaja termasuk yang terbaru ini.

Filem Ip Man: The Finale ini berkisar tentang kehidupan di Akhir Ip Man yang di diagnosis hadapai kanser. Beliau merahsiakan perkara ini dari pengetahuan semua pihak. Pada masa yang sama, anak muridnya Bruce Lee telah mengajak Ip Man ke San Francisco Amerika Syarikat untuk melihat perlawanan beiiau di arena karate nanti. Pada mulanya Ip Man tak mahu pergi tetapi apabila melihat anaknya dibuang sekolah beliau membuat keputusan hendak menghantar anaknya sekolah ke Amerika.

Apabila tiba disana, beliau menghadapi masalah kerana Persatuan China Amerika yang diketuai oleh Wan Choo tak mahu memberi surat sokongan kepada Ip Man. Kerana anak murid Ip Man iaitu Bruce Lee dituduh mengambil pelajar bukan Cina mempelajari ilmu seni bela China. Kemudian Bruce Lee cuba membantu Ip Man dengan meminta rakan peguamnya membuat surat sokongan. Lalu Ip Man membawa surat sokongan tersebut ke sekolah tersebut. Tapi ditolak dan mereka mahukan surat dari Persatuan China Amerika juga.

Semasa keluar dari sekolah tersebut, Ip Man nampak anak pengerusi Persatuan Chine Amerika di buli oleh rakan sekolahnya, lalu beliau menolong anak pengerusi tersebut bernama Yonah. Dan salah seorang pembuli tersebut luka di pipinya mengadu pada ayahnya yang bekerja di pusat imigresen.

Dalam filem ini juga terdapat kisah anak murid Bruce Lee iaitu Hartman seorang tentera bangsa cina mahu membawa seni bela China dalam seni tempur dekat tentera Amerika selain karate. Namun ia telah dimalukan oleh ketuanya. Namun ia tidak berputus asa dan membawa ideanya kepada komandernya dan kmandernya setuju. Ini menyebabkan kemarahan ketua Hartman.

Melalui perjalanan cerita ini kita dapat melihat aksi lawan yang mengagumkan. Pertama ialah Bruce Lee berlawan dengan pihak lawan yang menganggap pertunjukkan di pertandingan karate sebagai lakonan. Amik kau, kena belasah dengan Bruce Lee. Memang cantik gaduh ini.

Kedua ialah pergaduhan Ip Man dengan Pengerusi Persatuan China Amerika semasa ia membawa pulang anaknya Yonah. Ini tahap dewa seni bela Wing Chun dengan Tai chi. Tapi terhenti sebab ada gempa bumi pula.

Ketiga ialah apabila ketua Hartman menghantar jurulatih Karatenya mengalahkan semua guru seni China di Chinatown semasa festival. Tapi Ip Man masuk campur dan dia belasah jurulatih Karate tersebut.

Keempat ialah Pengerusi Persatuan China Wan Choo telah ditahan oleh imigresen iaitu bapa salah seorang yang buli anaknya telah menyerahkannya kepada tentera Amerika aka Ketua Hartman. Teruk Wan Choo kena belasah hingga patah kaki dia.

Kelima ialah perlawanan terkahir Ip Man dengan Ketua Hartman di berek setelah mengetahui kawannya Wan Choo kena belasah. Mesti Ip Man menang punya!!

Dalam filem ini terdapat lima perlawanan besar yang hebat dan skill. Selain itu, sepanjang filem ini kita dapat melihat mainan perasaan Ip Man rasa bersalah mengongkong anaknya setelah melihat Yonah yang ditampar oleh ayahnya. Melihat Ip Man sedih rakan-rakannya di anak tiri oleh bangsa Amerika serta ketidak adilan kepada mereka.

Penamat filem ini ialah Ip Man tidak jadi menghantar anaknya Ip Jin ke Amerika dan mengajar ilmu seni bela kepada anaknya. Itulah minat anaknya.

Penamat penuh ialah kematian Ip Man pada usia 79 tahun, tamatlah legasi filem Ip Man ni.

Rating filem ini aku berikan 5/5 kerana ia merupakan filem terakhir siri Ip Man dan juga mainan perasaan yang baik dilakonkan oelh Donnie Yan sebagai Ip man amat terkesan apabila menonton file mini.