BAD BOYS FOR LIFE REVIEW AND SINOPSIS - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

BAD BOYS FOR LIFE REVIEW AND SINOPSIS

BAD BOYS FOR LIFE

Filem yang lama dinantikan iaitu francais Bad Boys yang bertajuk Bad Boys For Life. Filem ini khas untuk otai-otai lama yang pernah menonton filem ini dan satu kerugian jika tidak melihat filem terakhir francais Bad Boys ini.

Filem terkahir Bad Boys ialay tahun 2003 dan baru tahun ini ia dutayangkan lagi. Wow!!! 17 tahun telah berlalu aku melihat filem terakhir mereka.

SINOPSIS BAD BOYS FOR LIFE
Bercerita tentang Mike Lowrey (Will Smith) dan Marcus Burnett (Martin Lawrence) yang sudah menjadi seorang datuk . Marcus ingin menjalani kehidupan seperti biasa dan pensiun, sedangkan Mike ingin menjadi Bad Boy yang menjatuhkan penjahat, ingin lebih gans dan tidak pernah romantis.
Sampai ada yang mencoba membunuh Mike dan kembali ke permainan berbahaya. Armando sampai dikirim oleh Isabel untuh membunuh orang yang bertanggung atas kematian kartel Aretas.
Mike membantu Marcus untuk menangkap pembunuh. Sampai mereka menemukan identitas pedagang senjata yang ternyata digunakan untuk upaya pembunuhan.

Filem ini ialah sebuah kisah balas dendam kisah 17 tahun yang lalu dimana Mike telah memberkas Miami Kartel dadah yang terkenal dan memenjarakan kekasih dan isteri kartel Arenas ke penjara iaitu Isabel.

Isabel telah menggunakan anaknya untuk membunuh Mike  tetapi tidak berjaya membunuh cuma berjaya mencederakanya. Mike berusaha untuk menangkap pembunuhnya dengan bantuan kumpulan elit AMMO.

 REVIEW BAD BOYS FOR LIFE

Kekuatan filem ini sudah tentu lagu Bad Boys mereka semenjak filem pertama hingga terakhir. Trademark yang kita tak boleh lupakan, dan aku pun memenag tak lupa..hahaha. Filem yang sudah mempunyai trademark sedemikan sukar untuk lari dari menontonnya.

Kedua sudah tentu watak Mike dengan gaya fighternya dan hensem manakala Marcus  pula ialah gaya kelam kabut tapi banyak menyelamatkan Mike. Ada unsur komedi dan pershabatan selama 25 tahun mereka sebagai rakan polis tetap utuh dan istimewa.

Filem ini sudah tentu filem yang terakhir sebab umur Will Smith 51 tahun dan Martin pula 54 tahun tidak mengalakkan mereka berlakon filem lasak lagi. Atas sebab ni anda kena tengok filem ini.

Keganasan filem ini dari awal sudah ditunjukkan oleh Isabel yang membunuh pengawal penjara dan kemudian keganasan yang pelbagai lagi ler. Memang ganas filem ini sebab tu ia 18sx. dari mula hingga habis memang penuh aksi terutama Mike yang cekal mahu mencari pembunuhnya itu.

Filem ni aku tak mahu review banyak-banyak sebab memang wajib tengok ...

Rating  filem ini aku berikan 5/5 sebagai tanda salute teraksir francais ini.  Jom nyanyi lagu Bad boys.... dan misteri filem ini ialah rupanya Mike ada anak lelaki...siapakah itu?