Godzilla: King of the Monsters Sinopsis - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Godzilla: King of the Monsters Sinopsis

Godzilla: King of the Monsters merupakan sequal filem Godzilla 2014.  Lagi baik kalau anda faham Godzilla 2014 sebab ia ada sikit kena mengena pasal Godzilla ini.

Godzilla: King of the Monsters ini menceritakan tentang satu agensi iaitu Monarch yang berfungsi sebagai memusnahkan semua makhluk Titan semenjak kemunculan Godzilla 2014 yang telah memusnahkan bandar San Francisco. Namun ada seorang saintis ini bernama Dr. Emma telah bekerjasama dengan pengganas mahu membebaskan semua Titan ini. Beliau berasa yakin dapat kuasai kesemua titan tersebut dengan alat ciptaannya bernama ORCA.

Ia bertujuan untuk mengembalikan dunia ini kepada haknya dimana beliau berpendapat manusia yang merosakkan bumi dan Titan ini akan mengembalikan bumi ini kepada asalnya. Maka ia telah melepaskan 5 makhluk Titan dibawah kelolaan Monarch. Dan salah satu makhluk Titan ini ialah Ghidorah atau ZERO iaitu naga berkepala.


Bangunnya Ghidorah telah menyebabkan Godzilla pergi menyerang Ghidorah di Antartik kerana Ghidorah dan Godzilla adalah Titan Alpha  namun Ghidorah berjaya melepaskan diri dengan terbang. Godzilla pergi memburu Ghidorah dan semasa mereka bertarung pihak kerajaan telah melepaskan peluru berpandu yang boleh menyedut oksigen sejauh 2 batu dan menyebabkan Godzilla mati tetapi Ghidorah masih hidup.

Ghidorah telah memerintah kesemua 3 Titan yang lain memusnahkan bandar-bandar utama dunia. Cuma satu Titan sahaja iaitu berbentuk rama-rama Mohtra tidak ikuti arahan Ghodirah. Suami Dr. Emma telah dipanggil untuk membantu dan beliau berasa hairan kepada Titan memusnahkan semua bandar di bumi. Rupanya Ghidorah bukanlah asal usulnya sebagai Titan tapi makhluk asing yang mahu memusnahkan bumi.

Yang hanya mampu melawan Ghidorah adalah Godzilla tetapi ia telah mati. Namun kemunculan Mohtra mereka dapati Godzilla tidak mati cuma ia telah kehilangan tenaga dan bersembunyi di dasar lautan. Untuk memulihkan Godzilla, ia harus diletupkan dengan bom nuklear kerana kuasa utama Godzilla ialah radiasi Thermonuklear. Akhirnya Godzilla telah dapat diubati dan bermulalh pertarungan mereka dan bestnya Godzilla dibantu oleh manusia bersama-sama menyerang Ghidorah.

Untuk menyedapkan cerita, anak Dr. Emma merasakan ibunya telah membuat kesilapan dan telah mencuri ORCA dan memanggil Ghidorah ke Boston. Disitulah nanti Godzilla dan Ghidorah akan bertempur.

Godzilla: King of the Monsters ini aku berikan 4/5 keran sepanjang jalan cerita ia tidak membosankan dan penuh aksi. Cuma aku rasa Godzilla ini diagung-agungkan sangat sehingga ia menjadi Raja segala Titan dimana makhluk Titan tunduk atas arahannya agak melampau. Keujudan Ghidorah ini pula, kalau anda tonton filem animasi Jepun Godzilla, watak Ghidorah ini memang ada sebagai musuh Godzilla. Mungkin ia ciplak dari filem animasi Jepun ini kot..hehehehe.

Walau apapun filem Godzilla: King of the Monsters ini memang wajib tontom jika anda minat aksi raksasa.