ALADDIN (2019) SINOPSIS - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

ALADDIN (2019) SINOPSIS

ALADDIN (2019) SINOPSIS


ALADDIN (2019) terbitan Disney baru sahaja aku tonton semalam dan aku berikan rating 3/5 sahaja. Filem yang menarik tapi jalan cerita dia  sebiji yang kita tonton dalam filem kartun Aladin dahulu pada tahun 1992.

Watak genie yang kelakar serta monyet bernama Abu dan harimau puteri Jasmine sama sebiji dalam filem kartun Aladin 1992 dahulu. Cuma kali ini  Aladdin 2019 ianya watak realistik yang lakonan Will Smith sebagai Genie. Manakala pelakon wanita dan lelaki, maaf aku tak kenal sangat.

Sebenarnya kalau nak cerita tentang sinopsisnya pun aku rasa semua orang dah faham kalau pernah tengok cerita kartun Aladdin 1992. Tapi tak per aku cerita untuk pembaca yang tak sempat tengok filem 1992 ini, masa tu umur aku 18 tahun kot...hehehehe. Mungkin anda semua belum lahir lagi kot.


Cerita bermula apabila wazir iaitu orang kanan Sultan dari kerajaan Agrabah ingin merampas kuasa dari Sultan ia memerlukan lampu minyak ajaib yang tersimpan jin di gua keajaiban. Tapi beliau tidak boleh masuk ke sana melainkan pemuda yang terpilih sahaja.

Pemuda itu ialah Aladdin, dimana kisahnya bermula ia berjumpa dengan puteri Jasmine yang menyamar jadi dayang istana diselamatkan oleh Aladdin. Tapi Abu monyet si Aladdin telah mencuri gelang tangan Puteri Jasmine.

Malam tu Aladdin telah menyusup masuk ke istana Puteri Jasmine dan memulangkan gelang tangan Puteri Jasmine. Setelah pulangkan gelang tangan Puteri Jasmine beliau telah ditangkap oleh Wazir Sultan Jafar. Bagaimana Jafar tahu Aladdin menyusup masuk ke istana kerana wazir juga mempunyai binatang jahatnya iaitu si burung kakak tua.

Aladdin telah dipaksa oleh wazir jahat tu supaya masuk ke gua tersebut dengan menjanjikan kekayaan. Namun Aladdin telah ditipu oleh wazir jahat itu dan dibiarkan terperangkap di dalam gua tersebut tapi Aladdin bernasib baik lampu ajaib yang dirampas oleh wazir tersebut berjaya dicuri oleh monyetnya bernama Abu.

Semasa ia mengelap lampu ajaib itu keluarlah jin lakonan Will Smith yang memang kelakar. Aku terbahak-bahak melihat watak yang dimainkan oleh Will Smoth sebagai Genie. Aladdin mempunyai 3 hajat yang akan ditunaikan oleh Genie tersebut.

Apakah yang terjadi? Berjayakah wazir jahat itu memperolehi lampu ajaib tersebut. Bagaimana Aladdin akan melawan wazir jahat tu yang berjaya menguasai lampu ajaib tersebut.

Lupa nak cakap pula, filem ini adalah filem muzikal dan penuh nyanyian. Tapi nyanyian yang best-best ler...

Apa yang dapat aku katakan tentang filem ini ialah filem ini berjaya kerana lakonan Will Smith. Aku rasa tanpa watak genie yang kelakar lakonan Will Smith maka tak hiduplah filem ini. Sebab tu aku kasi 3/5, filem yang hebat.