HOW TO TRAIN YOUR DRAGON : THE HIDDEN WORLD - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

HOW TO TRAIN YOUR DRAGON : THE HIDDEN WORLD

HOW TO TRAIN YOUR DRAGON : THE HIDDEN WORLD

HOW TO TRAIN YOUR DRAGON : THE HIDDEN WORLD atau HOW TO TRAIN YOUR DRAGON 3 merupakan kesinambungan francais kisah Hiccup dan naganya Night Fury.

Kisah kali ini agak simple dimana kampung mereka  perkampungan naga Berk diancam oleh pemburu naga iaitu Grimmer yang mahu membunuh Night Fury.

Grimmer adalah pemburu yang licik dan panjang akal hingga mampu menipu dan membakar rumah Hiccup. 

Hiccup merasakan penempatan mereka tidak selamat dan minta semua penduduk Berk berpindah ke tempat lain dan pada masa yang sama ia mempunyai satu tujuan iaitu mencari dunia tersembunyi naga yang diceritakan oleh ayahnya.

Dia berharap semua penduduk Berk dan naga bersembunyi terus di dunia rahsia ini tanpa lagi gangguan dunia luar yang tidak memahami naga.

Namun kedatangan Grimmer serta ditambah kemunculan Light Fury telah mengganggu perancangan Hiccup. Night Fury kini merupakan alpha atau raja naga telah melarikan diri bersama Light Fury telah mematahkan semangatnya.

Atas pujukan Astrid, beliau telah berjaya mencari Night Fury serta menjumpai dunia tersembunyi naga tapi apabila ia tiba disana semua naga menyerang mereka., nasib baik Night Fury selamatkan Hiccup dan Astrid.

Nasib mereka bertambah malang apabila Grimmer telah menangkap Night Fury dan Light Fury. Dengan tertangkap Night Fury maka semua naga berjaya di tangkap oleh Grimmer kerana naga-naga tersebut terpaksa mendengar arahan Night Fury.

Tapi Hiccup dan rakan- rakannya menyerang kawasan musuh dan berjaya membebaskan Night Fury dan semua naga. Itulah secara ringkas tentang filem HOW TO TRAIN YOUR DRAGON : THE HIDDEN WORLD ini.

HOW TO TRAIN YOUR DRAGON : THE HIDDEN WORLD ini jalan ceritanya amat mudah. Cerita untuk kanak-kanak kan, takkan nak kasi berat
 Letak beberapa watak komedi serta aksi naga-naga yang pelik sudah cukup membuat satu panggung ketawa, lagi pun How To Train Your Dragon ni sudah cukup kuat pengaruhnya.

Dengan terbitnya filem HOW TO TRAIN YOUR DRAGON : THE HIDDEN WORLD maka tamatlah kisah Hiccup dan Night Fury. Dimana Night Fury kini telah pergi ke dunia naga dan Hiccup kekal di dunianya.
Rating filem ini aku berikan 5/5 sebab ia merupakan siri terakhir, tiada lagi sambungan. Sedih aku...huhuhuhu.