ALITA BATTLE ANGEL - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

ALITA BATTLE ANGEL


ALITA BATTLE ANGEL

Menonton sebuah filem futuristik pada abad ke 25 dimana bumi selepas 300 tahun zaman The Fall.

Zaman kejatuhan kota langit menentang URM iaitu United Republic Of Mars. Hanya satu kota langit sahaja yang tinggal iaitu Zalem.

Dimana ia menguasai ekonomi dan penduduk di bawah kota mereka oaitu Iron City. Itu sedikit sebanyak tentang zaman tersebut.

Cerita ALITA BATTLE ANGEL bermula apabila Dr. Ido pakar saraf cyber telah menjumpai sebuah cyborg di tempat pelupusan sampah. Beliau telah berjaya  membaiki cyborg tersebut dan memberinya tubuh baru.

Cyborg tersebut hilang ingatan dan ia telah memberi nama baru kepada cyborg tersebut Alita. Pada masa yang sama Alita telah berkenalan dengan Hugo seorang lelaki yang mempunyai impian ke Zalem. Disana ia telah belajar menyertai sukan lasak yang bernama Motoball dan pemenangnya layak pergi Zalem.

Alita mula menyedari siapa dirinya semasa beliau menyelamatkan Dr. Ido dari serangan cyborg jahat.  Dan sedikit demi sedikit ia mula mengenali dirinya apabila ia masuk ke dalam kapal perang URM dan ia menjumpai sut yang dinamakan Bengseker.

Rupanya Alita adalah cybor perang khas URM yang berusia 300 tahun dahulu menentang Nova yang kini menduduki Zalem.

Dalam usaha mengenali dirinya, ia hampir dibunuh dan berkecai badannya. Dan Dr. Ido terpaksa memasang badan Alita dengan sut URM tersebut. Pada masa yang sama, teman lelakinya telah dianiaya oleh Zapan iaitu pemburu upahan. Ia bunuh Hugo sebab Alita telah membelasahnya dan ia balas dendan dengan menganiaya Hugo.

Beliau juga telah cuba dibunuh oleh Nova semasa Alita menyertai saringan awal Motoball. Vector iaitu orang suruhan Nova telah menyuruh mereka membunuh Alita.

Nova berusaha membunuh Alita kerana ingin mendapatkan jantung Alita dari teknologi URM. Tahap kemarahan Alita terhadap Nova sampai kemuncak apabila Hugo mati dibunuh oleh Nova.

Untuk membunuh Nova, Alita harus menyertai pertandingan Motoball dan menjadi juara. Dan kemudian filem ini pun tamat. 

Pehhhh...ada sambungan rupanya filem ALITA BATTLE ANGEL. Dan sampai tamat filem ini aku tak tahu siapa tu Nova. Adakah URM yang jahat atau bumi yang jahat dalam peperangan ni. 

Kena tengok sambungan ler. Rating filem ini aku berikan 4/5 sebab aku benci lihat mata besar Alita..hehehehe. Dah macam filem animasi Jepun ala Hollywood.  Dah macam Avatar plak...