AQUAMAN - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

AQUAMAN


Filem terbaru DC Aquaman telah mula di tayang kan di pawagam. Sebuah filem yang dinantikan kerana semenjak kebelakangan ini semua watak hero DC mula tenggelam terutama filem terakhir Justice League yang agak mengarut. Untuk aku filem DC yang terbaik setakat ini ialah Wonder Woman. Dan adakah Aquaman akan mengembalikan kehebatan DC Comic.


Filem Aquaman ini bermla dengan terdamparnya ratu Atlantis iaitu Atlanna yang lari dari kota Atlantis kerana tidak mahu berkahwin dengan suami pilihan ayahnya. Atlanna kemudian jatuh cinta dengan penjaga rumah api dan mereka telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Arthur Curry aka Aquaman. Ibunya Atlanna terpaksa meninggalkan Arthur sewaktu kecil dan pulang ke Atlantis atas sebab tidak mahu keluarganya di apa-apakan setelah mereka di serang oleh  askar Atlantis.


Sejak kecil lagi Arthur mempunya kekuatan yang luar biasa dan boleh berenang dan bernafas di laut. Arthur semasa kecil secara senyap-senyap teah dididik oleh penasihat Atlantis iaitu Vulka kerana beliau tidak mempercyai adik lelaki tiri Arthur iaitu Orm.


Arthur pada mulanya tidak mahu campur tangan tentang isu Atlantis tetapi bila Orm iaitu Raja Atlantis ingin berperang dengan dunia permukaan mahu tak mahu beliau terpaksa mencabar adik tirinya. Pada permulaannya beliau kalah teruk dan hampir dibunuh tetapi diselamatkan oleh puteri Mera iaitu tuning Orm yang tidak setuju dengan rancangan Orm.


Dalam usaha untuk mengalahkan Orm, Arthur dan Mera terpaksa mencari tongkat Trisula pertama kepunyaan Raja Atlantis pertama yang mempunyai kuasa yang terunggul. Bermulalah cerita bagaiamana Arthur dan Mera di serang dan menuju ke Lautan Tersembunyi dimana terletaknya Trisula tersebut. Dan pada masa yang sama mereka juga menjumpai ibu Arthur iaitu Atlanna.


Filem Aquaman  ini aku berikan 4.8/5 kerana ia sebuah filem aksi yang terbaik. Jalan ceritanya cukup padat  dari permulaan pertemuan Atlanna dan suaminya si penjaga rumah api. Hingga Arthur mengalahkan Black Manta serta menyebabkan ayah Black Manta terbunuh dan bermulalah pemburuan Black Manta. Kemudian pertarungan pertama Arthur dan Orm yang menyebabkan Arthur kalah. Pencarian lembing Trisula dan akhir pertarungan antara Arthur dan Orm.


Filem Aquaman ini sehebat filem-filem hero Avenger dimana kita kagum melihat betapa majunya Atlantis. Melihat dunia laut yang diluar imaginasinya. Kalau aku nak ceritakan jalan ceritanya memang cukup panjang sebab seperti aku katakan ianya padat dan penuh isian.


Filem Aquaman adalah filem wajib tengok pada peminat DC atau peminat kuasa super ini. Tahniah buat DC, harap lepas ni filem Justice League tak hampeh macam yang lepas- lepas