PEPPERMINT - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

PEPPERMINT

Peppermint


“Peppermint” menceritakan kisah ibu muda Riley North (Garner) yang terbangun dari koma setelah suami dan putrinya mati  dalam serangan brutal oleh sekelompok penjahat. Ketika sistem undang-undang  malahan melindungi para pembunuh dari keadilan,

Riley berusaha mengubah dirinya dari warga biasa menjadi seorang pengadil terhadap orang-orang yang dilindungi hukum yang korup. Menyalurkan rasa frustrasi ke dalam motivasi pribadi, ia menghabiskan bertahun-tahun melatih dirinya, mengasah pikiran dan menyimpan dendamnya untuk menjadi kekuatan yang tak terhentikan – menghindari dunia bawah, LAPD dan FBI – ia memberikan arti baru bagi keadilan.

Setelah lima tahun berlalu, ia kembali ke bandar yang membunuh anak dan suaminya dan mula menghapuskan sindiket dadah yang bertanggungjawab membunuh suami dan anaknya.

Rating filem ini aku kasi 4.8/5 kerana yang berlakon ialah heroin kegemaran aku iaitu Jennifer Garner yang pernah membintangi filem aksi Elektra. Semenjak itu beliau tidak lagi berlakon genre filem aksi yang aku rasa sinonim dengannya.

Dalam filem PEPPERMINT  ini, aksi adalah tunjang utama dimana Riley North membunuh satu persatu sindiket hinggalah ke boss mereka . Aksi pergaduhan ini aku boleh katakan seperti filem John Wick atau John Reacher dimana aksi pergaduhan yang klasik dan penuh kekejaman. Malah pelakon seperti Jennifer Garner ini sudah mempunyai nama daalm filem aksi sudah tentu kita akan melihat pertarungan ganas dan kejam. Inilah intipati filem PEPPERMINT.

Selain pada itu filem ini juga menunjukkan masyarakat akan menjadi rosak jika undang-undang di bawah kuasa penjahat dan polis korup. Itulah sebabnya ujud Riley North.

Jika anda gemarkan aksi filem pertarungan klasik tanpa ada guna superpower maka inilah filemnya.
Pelakon yang baik serta suasana filem yang mendebarkan.! PEPPERMINT

Lagi satu, Jennifer garner ini aku lihat makin cantik pula...hahahaha