MUNAFIK 2 - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

MUNAFIK 2

MUNAFIK 2

Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, lautan kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali tenang selepas dihantu oleh kematian isteri dan anaknya. Dia mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat. Ujian yang menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawadhu pada Ilahi.

Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. Dalam masa yang sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) dan anak perempuannya, Aina.

Sakinah terpaksa menjaga ayahnya yang mengidap penyakit misteri. Kehidupan Sakinah yang daif memberi tekanan padanya ditambah pula dia dan anaknya beberapa kali diganggu syaitan. Sakinah percaya apa yang dihadapinya berpunca dari Abu Jar (Nasir Bilal Khan), seorang munafik dan ketua ajaran sesat di kampung yang sama. Abu Jar mempunyai pengikut yang ramai dan digeruni penduduk kampung. Sakinah atau sesiapa sahaja yang masih berpegang pada Islam adalah musuh Abu Jar.

Abu Jar menggunakan sihir/jin untuk menghancurkan sesiapa yang tidak mengikut ajarannya. Ini memaksa Sakinah untuk mencari Ustaz Adam. Kedatangan Ustaz Adam ke kampung seberang telah menimbulkan kemarahan Abu Jar. Adam bukan sahaja terkejut dengan apa sebenarnya berlaku pada keluarga Sakinah tetapi juga dengan ajaran sesat Abu Jar yang memesongkan akidah orang Islam di kampung itu.

Abu Jar amat marah dengan Adam dan telah menganggu keluarga Adam hingga kematian ibunya. tetapi ini tidak melemahkansemangat adam dan terus menentang ajaran sesat Abu Jar.

Rating filem MUNAFIK 2 ini aku berikan 4.9/5. Bukan kerana keseraman atau suspen filem ini sebab aku pernah lihat filem yang lagi suspen. Tetapi penghayatn lakonan yang diberikan terbaik. Pertama aku tabik Maya Karin yang berlakon sebagai Sakinah membawa watak yang cukup sengsara diuji oleh syaitan Abu Jar dan mimik muka wajah ketakutannya memang real!! Manakala Ustaz Adam lakonan Syamsul pun hebat dan hampir menangi smelihat dugaan demi dugaan yang beliau hadapi.

Filem MUNAFIK 2 ini layak mendapat rating tinggi bukan kerana ia cerita seram semata-mata tetapi isian cerita yang ditunjukkan berbeza dengan filem yang lain. Kuasa melawan syaitan memang dalam islam tetapi apabila manusia sendiri menjadi syaitan, itulah matinya nilai kemanusiaan yang merupakan asas dalam kehidupan. Inilah yang cuba disampaikan dalam filem ini.

Memang sedih melihat kesengsaraan ustaz Adam dan Sakinah di aibkan oleh manusia hingga membawa maut kepada mereka. lihatlah filem ini dan kita akan mendapat pengajaran yang berguna.