Skyscraper - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Skyscraper

Skyscraper

Kaki wayang kali ini menonton filem terbaru The Rock iaitu Skyscraper. Tajuk filem pun anda dah tahu tentang bangunan tinggi.
Filem ini bermula dengan kisah kehidupan Will Sawyer bekas anggota FBI yang telah kehilangan sebelah kakinya akibat letupan bom semasa misi menyelamatkan tebusan.

Sepuluh tahun telah berlalu, beliau kini adalah konsultant keselamatan yang telah ditugaskan oleh rakannya Ben menilai keselamatan bangunan paling tinggi didunia iaitu The Pearl yang dimiliki oleh billionare Hong Kong.

Will juga membawa isteri dan anak-anaknya tinggal di bangunan tersebut ditingkat 98 pada keseluruhan ketinggian 220 tingkat!!!

Will tidak tahu bahawa rakannya Ben bekerja dengan sindiket  pengganas yang ingin menguasai The Pearl dan menangkap pemilik The Pearl.

Tindakan pertama kumpulan pengganas iaitu ialah ia membakar tingkat 96 dan kemudian mematikan sistem keselamatan  kebakaran bangunan canggih tersebut.

Kalau anda melihat perancangan mereka ini agak dahsyat. Korek lubang bangunan dan kemudian awek cina yang ditugaskan menyerang fasiliti keselamatan The Pearl.

Cerita ini bermula apabila Will terpaksa pergi ke bangunan The Pearl yang terbakar kerana isteri dan anak-anaknya terperangkap dalam bangunan ini.

Pada masa itu polis juga  sedang mengejar Will sebagai suspek kebakaran bangunan The Pearl.

Bagaimana beliau memanjat mesin pencakar langit untuk bangunan The Pearl. Memang dahsyat juga melihat kepayahan beliau melompat dari kren ke bangunan The Pearl.

Selepas itu bagaimana beliau menyelamatkan isteri dan anaknya dari api kebakaran. Isteri dan anak lelakinya berjaya beliau selamatkan tetapi anak perempuannya dijadikan tebusan oleh pihak pengganas.

Dimana beliau dipaksa menangkap pemilik hotel tersebut yang bersembunyi di penthouse nya yang bersalut titanium.
Untuk tugasan ini, beliau terpaksa berjalan di luar tingkap dan pergi ke turbin yang bergerak pantas. Dah ler tu, terjatuh pula dan kaki palsu dia tersangkut pada tali...huhuhu.

Bagaimana Will menyelamatkan anak perempuannya. Dan bagaimana isteri Will iaitu Sarah membantu suaminya dari tingkat bawah bersama rakan polis Hong Kong.

Filem Skyscraper ini ranking saya berikan 4/5. Mempunyai nilai- nilai murni kekeluargaan yang tinggi.
Filem Skyscraper hanya mendapat 4/5 kerana saya bandingkan dengan filem yang sama iaitu Die Hard 1 lakonan Bruce Willis. Cuma bangunan jer tak tinggi tapi aksi Bruce Willis kalau tanya pendapat saya lagi baik. Tambahan zaman Die Hard teknik digital belum ujud lagi kan...hehehe.