Ant Man and The Wasp - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Ant Man and The Wasp

Ant Man and The Wasp
Filem Ant Man and The Wasp yang telah ditayangkan bersambung dari filem pertama.

Kisah ini bermula dengan hero Scott Lang yang diberi tahanan rumah selama 3 tahun sebab membantu Captain America dalam filem The Avenger. Alah...perlawanan superhero di Berlin tuuuu..

Cerita bermula apabila Dr. Pym dan Hope minta beliau membantu mereka agar menyelesaikan masalah dalam menyelamatkan isteri Dr. Pym iaitu Janet yang terperangkap dalam Quantum Realm.

Ant Man and The Wasp berkisar tentang misi menyelamat ibu Hope Quantum Realm. Yang bestnya dalam filem ini ialah kecil mengecil bukan sahaja pada Ant Man and The Wasp. Tapi bangunan dan juga kereta.

Bangunan Dr. Pym menjadi rebutan dua pihak iaitu gangster yang ingin menjual teknologi kecil Dr.Pym dan watak antogonis iaitu Ghost yang ingin mengubati dirinya yang terkena sinaran Quantum Realm.

Memang penat Ant Man and The Wasp nak mengendalikan kedua-dua pihak ini. Banyak aksi yang menarik. Terutama aksi kejar mengejar gangster dan Ghost mengejar van Dr. Pym untuk mendapatkan bangunan yang telah dikecilkan. Memang lawak giler.

Satu lagi aksi ialah Ant Man bertukar menjadi besar di laut dan menangkap ketua gangster tersebut. Kelakau jugak..

Lagi satu yang aku lupa ialah kostum The Wasp yang mempunyai sayap dan buat Ant Man cemburu..hahahhaa. Malahan kostum baru Ant Man pula banyak problem, sekejap jadi katik..kejap jadi besau..

Rating filem ini saya kasi 4.8/5. Filem yang terbaik dan kelakau sangat. Wajib tonton.
Adakah Dr. Pym berjaya menemui isterinya. Adakah Ghost berjaya diubati dari kesan Quantum Realm.