Mission: Impossible – Fallout - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Mission: Impossible – Fallout

Mission: Impossible – Fallout

Mission: Impossible – Fallout adalah filem terbaru dalam sequel Mission Impossible. Sebelum mula aku nak kasi rating pada filem ini iaitu 5/5. Filem yang hebat dengan pelakon yang hebat.

Cerita Mission: Impossible – Fallout apabila Ethan Hunt menerima pakej misi iaitu menangkap John Lark iaitu pengedar senjata dan pelaku yang menyebarkan virus cacar di Kashmir. Dimana beliau hendak membeli peledak nuklear dari kumpulan serpihan Syndicate iaitu Apostles.

Dalam pengesanan John Lark kumpulan IMF terpaksa bergabung dengan CIA iaitu Walker yang rupanya agen yang jahat. Nanti aku cerita..

Kenapa CIA campurtangan ialah pada masa Ethan dan kumpulannya sedang berurusan dengan kumpulan yang menjual peledak nuklear mereka telah diserang oleh kumpulan Apostles dan kehilangan peledak nuklear tersebut.

Bermulalah operasi mereka untuk menangkap John Lark telah menemukan Ethan dengan Isla. Kalau anda tengok filem terakhir Mission Imposible menentang kumpulan Sindiket.

Manakala kumpulan Apostles ialah kumpulan serpihan Sindiket yang ditumpaskan oleh Ethan. Tapi masalah timbul apabila John Lark mati dibunuh oleh Isla. Sebelum itu Wlker dan Ethan bertarung dengan John Lark di dalam tandas memang dahsyat.

Apabila John Lark mati, Ethan terpaksa berurusan dengan  broker bernama White Widow yang menjadi orang tengah kumpulan Apostles yang menjual peledak nuklear tersebut.
Namun itu semua adalah perancangan Apostles untuk membebaskan ketua lama mereka iaitu Soloman Lane.  Dan menariknya ia akan dsielamatkan oleh Ethan Hunt.

Dalam filem ini anda harus menonton filem Mission Imposible 5 yang mengisahkan penangkapan soloman Lane dan kisah Isla baru anda faham kenapa Soloman Lane memerangkap Ethan dan sekaligis bekas isterinya Julia.


Apakah yang berlaku dan bagaimana Ethan akhirnya mengetahui Walker sebenarnya ahli Apostles yang bekerjasama dengan  Soloman Lane memerangkap Ethan Hunt.

Filem Mission: Impossible – Fallout yang terbaik dan penuh kasih sayang tapi padat dengan aksi yang mendebarkan. memang gila melihat aksi lawan Ethan dan Walker di gunung.
Melihat aksi helikopter Ethan yang terjunam. Melihat aksi kejar mengejar Ethan dengan kumpulan White Widow.