The Meg - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

The Meg

The Meg

Filem binatang ganas terbaru iaitu The Meg lakonan lelaki sado yang terkenal melalui filem Trasnporter iaitu Jason  Statham yang memegang watak penyelamat  dalam melawan jerung raksasa iaitu Megalodon iaitu haiwan pra purba yang mereka jumpa apabila para saintis menjelajah dasar laut dalam.

Filem The Meg ini saya cadangkan sebuah filem wajib tengok ler sebab filem haiwan gans ini jarang sekarang ditayang di lakon layar. semua sekarang tentang makhluk asing atau  superpower. Sesekali layan filem sebegini semenjak zaman Jaws ini memang menakjubkan.

Bini aku menjerit-jerit menonton filem ini sampai aku naik marah. Sebab banyak sangat aksi thriller atau elemen kejutan yang dimasukkan dalam filem The Meg ini.

Filem The Meg ini bermula apabila Jason  Statham yang memegang watak Jonas gagal menyelamatkan anak kapal selam yang terdampar di lautan hingga membunuh rakan-rakannya. Kegagalan beliau menyelamatkan rakannya kerana kapal itu telah dilanggar oleh sesuatu yang besar tetapi pihak berkuasa tidak mahu mempercayainya. Lalu beliau membawa diri ke Thailand.

Pada masa yang sama sebuah makmal kajian yang menggunakan pelantar minyak tengah membuat kajian laut dalam dan semasa membuat kajian menggunakan kapal selam kecil ia telah dilanggar oleh sesuatu yang besar. Mahu tak mahu mereka terpaksa memanggil hero kita menolong.

Dalam proses menolong kapal selam ini aksi memang mendebarkan. Hero kita dan watak wanita iaitu pelakon cina iaitu Ling Bingbing yang memegang watak Suyin telah diserang oleh jerung tersebut. Itulah permulaan debaran filem ini bermula.

Setelah berjaya menyelamatkan kapal selam itu, tiba-tiba makmal mereka diserang oleh jerung raksasa tersebut. Rupa-rupanya jerung tersebut telepas semasa kapal selam yang lain melertup. Pelabur makmal sains tersebut mahu menangkap haiwan pra purba ini mereka telah berjaya memasang pengesan pada jerung tersebut.

Bagaimana Jonas memasang pengesan pada jerung ini memang thrill. Jonas terpaksa berada 100 meter dengan jerung tersebut. Bayangkan elemen kejutan dalam filem ini, Ini yang buat bini aku panas punggung...hahahhaa.

Kemudian bagaimana nak menangkapnya ialah memakai sangkar kaca polimer karban yang tidak mudah pecah. Kali ini Suyin yang menawarkan diri,  Memang sangkar kaca tu tak pecah tapi ia boleh ditelan oleh jerung tersebut. Mahu tak mahu Jonas terpaksa terjun dan selamatkan Suyin. Satu lagi aksi yang menakutkan.

Akhirnya jerung raksasa tersebut mati apabila racun yang ditembak Suyin memberi kesan dan lagipun ia tersangkut di rantai kapal. Ingatkan semua telah berakhir, rupa-rupany ada satu lagi ekor Megalodon yang lagi besar iiatu 75 kaki telah makan jerung raksasa yang mati tu....

Pening kepala mereka, rupanya ada seekor lagi. Bagaimana mereka mahu tangkap jerung 45 kaki ini. Dalam filem ini anda akan melihat bagaimana Megalodon yang besar menyerang manusia yang sedang mandi manda dipantai . Serta bagaimana pelabur makmal sains yang tamak tu mahukan jerung raksasa itu mati kena telan.

Jason  Statham memang pelakon yang hebat kerana beliau dapat menjiwai watak ini dengan baik. Kehebatan beliau melawan jerung raksasa ini memang menakjubkan.

Rating filem ini aku berikan 4.8/5 kerana aksi filem The Meg ini memang dahsyat dan jarang kita dapat lihat aksi sebegini. Lagi pun seperti yang aku katakan semua orang rindu filem sebegini, dah tak larat nak layan filem Marvel ini.