Race 3 - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Race 3


Hari ini tengah boring, check kat paggung tak der cerita. Yang ada filem Hindustan cerita Race 3 lakonan hero kesukaan bini aku si Salman Khan dan hero kesukaan aku pul asi Anil Kappor semenjak kemunculannya dalam filem Mission Imposibble.

Filem ini berkisar tentang sebuah keluarga jenayah senjata api iaitu Shamsir Singh serta 3 anaknya dan anak sulungnya lakonan Salman Khan iaitu sikandar atau Sikku serta kembar Suraj dan Shanda berganding bahu membantu ayah mereka.

Keretakan keluarga mereka bermula apabila Sing memberikan 50% harta dia kepada Sikandar dan 25% setiap seorang kepada 2 orang lagi anak mereka. Ini menyebabkan ketidakan puasan hati mereka dan mereka bergabung dengan kawan baik Sikandar iaitu Yash dalam membunuh Sikandar.

Yash dan Sikandar mereka berjay membuat mereka menjadi musuh apabila Yash bercinta dengan Jessica teman wanita lama Sikandar.

Apakah yang berlaku seterusnya haruslah anda tonton melihat muslihat Sikandar berlakon dengan adik beradik tirinya itu. Namun dalam cerita ini yang membuat aku teruja ialah apa yang kita fikirkan sebenarnya adalah berlainan sekali. Aku tak dapat meneka dengan betul ending atau impak cerita ini.

Dalam filem Race 3 ini isi cerita ialah mereka memperolehi maklumat video salah lalu pemimpin politik India yang melanggan pelacur dan tugas mereka ialah mendapatkan cakera padat yang disimpan bank di Kemboja.

Dalam keaksian filem ini, sepanjang filem ini penuh aksi tetapi biasalah apabila kita menonton filem Hindustan ini, gaya berlawan mereka terlalu melampau hingga nampak menipu...hehehehehe. tapi kita sebagai rakyat Asia dah masak dengan filem India ini... Namun omputih tak dapat terima kot sebab tu rating filem Race 3 ini teruk sangat di 1mdb iaitu 2.6/10..!!!!

Filem ini aku kategorikan filem mewah sebab sepanjang jalan cerita ini kereta, rumah dan segalanya memang mewah giler. Nampak gaya james Bond versi India.

Secara peribadi aku kasi 4.8/5 rating filem Race 3 ini setelah menolak aksi tak logik mereka tu...hahahaha. Isi cerita yang padat dan unsur kejutan dalam filem ini yang kita tak dapat teka adalah sebab utama aku kasi rating tinggi filem ini.

Manakala lagu-lagu yang dimainkan dalam filem ini semuanya sedap-sedap belaka. sedap didengar di telinga aku ini.

Yang paling menyampah aku lihat dalam filem ini ialah semasa Yash dan Sikandar bergaduh, sampai sekarang aku tak faham secara tiba-tiba Yash dan Salman Khan koyakkan baju sendiri dan kamera shot kat tubuh mereka yang ala-ala sasa tu. Lepas tu baru bergaduh balik...hehehehehe.

Aku tengok Salman Khan ini badan dia dah macam badut plak. Dulu badan dia kecik tapi sekarang aku lihat makin besar dan lengan dia punyalah besar. Ni mesti pump lengan dia.

Saya cadangkan awak lihat filem race 3. Pasti tak bosan melihat jam berlalu selama 2.46jam.