Ocean 8 - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Ocean 8

Ocean 8

Hari ini menonton filem sequel Ocean iaitu Ocean 8. Ia merupakan sequel dari filem Oceam 11, 12 dan 13.
Filem bermula dengan Debbie Ocean yang telah dipenjara selama 5 tahun telah merancang rompakan yang harus dibantu oleh 7 orang yang lain.
Dahulu kalau sequel Ocean ianya dilakonkan oleh pelakon kacak yang malas aku nak sebut namanya sebab kau orang mesti kenal yang memegang watak Danny Ocean.

Kali ini pelakon Sandra Bullock memegang watak adik perempuannya iaitu sebagai Debbie Ocean. Pelakon hebat lain ialah Rihanna yang menjadi pakar komputer. Disebabkan 2 orang ni, ia menjadi filem wajib kena tonton untuk aku..hihihi.

Kali ini filem Ocean 8 semuanya adalah pelakon wanita. Dan mereka merancang untuk merompak rantai kemas yang bernilai 150 juta dengan total 8 orang.

8 orang diperlukan merompak 150 juta tapi ada ahli politik, sorang-sorang boleh telan berbillion..hahahhaa.

Sambung balik, Debbie telah merancang lima tahun untuk merompak rantai kemas ini dan kalau anda biasa dengan filem Ocean ni. Strategi mereka sepanjang filem ini memang awesome.

Tapi kelainan filem Ocean ni, ia bukan sahaja tunjuk strategi bagaimana mereka mencuri rantai kemas tetapi ia pasti strategi rompakan dua dalam satu. Rompakan yang tak. Dijangkan berdasarkan plan asal..

Itu aku tak boleh cerita plan mereka merompak sebab anda kena tonton. Tapi dalam rompakan ni, Debbie sebenarnya ingin membalas dendam terhadap bekas teman lelakinya yang menyebabkan dia dipenjara selama 5 tahun.

Inilah tujuan asal Debbie. Dan bagaimana ia kenakan bekas teman lelakinnya pun anda tak dapat jangkakan. Tragis beb.

Rating filem ini aku kasi 4/5 sahaja bukan kerana filem tak best. Memang best dari mula hingga akhir.

Tapi sequel filem sebelumnya lagi best dari Ocean 8. Tahap rompakan sequel terdahulu lagi dahsyat dari Ocean 8. Sepatutnya sequel terbaru lagi hebat dari terdahulu. Itu sahaja bezanya untuk rating ini saya berikan.