IT - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

IT


IT 2017 Si Hantu Badut

Hari ini aku menonton filem hantu lagi dan kaliini bertajuk IT, pendek sahaja tajuk filem ini. Filem ini berkisar tentang sebuah bandar di Derry Maine yang mengalami kehilangan kanak-kanak  secara misteri. Dalam filem ini awal-awal telah ditunjukkan muka badut tersebut iaitu si Pennywise yang membunuh adik hero filem ini iaitu Bill.

Eleman kejutan dalam filem ini memang mercik, aku asyik teruja dari mula hingga akhir filem ini. Dalam filemini badut jahat cuba menakutkan 7 kanak-kanak watak utama dalam filem ini. Kekuatan hantu badut ini adalah dari ketakutan mereka.

Pennywise
6 lelaki dan 1 wanita yang merupakan kumpulan losey team kerap kali di ganggu oleh hantu badut ini. Memang suspen melihat setiap seorang dari mereka di ganggu dan ditakutkan oleh Pennywise si badut ini. Penuh dengan kejutan dan kejutan. Hawau tui !!!

Namun ketujuh-tujuh kanak-kanak ini berjaya mengatsi ketakutan mereka dan berjaya mengalahkan hantu badut tersebut. Dengar khabar ada sambungan kedua filem ini.

Mesti lagi hebat sebab filem pertama IT ini berjaya mendapat box office 185juta dari budget 35juta. Wajar mereka mendapat kutipan yang baik sejajar dengan filem ini.

Review filem IT  ini kalau nak kata seram sangat pun tak ler seram. Cuma penuh dengan kejutan sahaja. Tapi kalau anda penonton tegar filem hantu, filem IT ini tak medebarkan jiwa anda.

Tapi untuk mainan perasaan dalam filem ini cukup kuat. Melihat ketujuh-tujuh kanak-kanak ini bersatu hati dan jug amelihat Ben yang sedih kehilangan adiknya. Melihat awek si Berry di dera oleh ayahnya memang best.

Belum lagi melihat ekspresi muka mereka dalam ketakutan serta ekspresi hantu badut yang melakonkan watak dengan baik sekali. Tanpa pelakon hebat seperti mereka, filem tak hebat sangat pun.

Rating untuk filem ini ialah 4.8/5. Filem wajib tengok!! Aku dapat rasakan sambungan filem kedua ini pasti lagi hebat.