The Dark Tower - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

The Dark Tower


The Dark Tower

Filem yang menjadi bualan semua pihak yang diangkat dari novelis terkenal Stephen King.

Filem The Dark Tower kisahnya bercerita tentang Jake Chambers (Tom Taylor) yang masuk ke dunia di dimensi lain. Di sana Jake bertemu dengan Roland Deschain (Idris Elba) seorang penembak handalan ( Gunslinger) yang terakhir  yang berusaha agar penjahat  serba hitam bernama Walter (Matthew McConaughey) tidak menghancurkan menara gelap dan melepaskan neraka ke dua dunia.

Menara Gelap merupakan pusat alam semesta yang melindungi dunia dimensi dari dimasukioleh kegelapan. Kemusnahan menara gelap akan membolehkan semua makhluk kegelapan masuk ke semua dunia dimensi termasuk bumi.

Gunslinger telah ditugaskan untuk melindungi menara gelap ini tetapi semenjak mereka dikalahkan dan menyebabkan kematian ayah Roland hingga ia menjadi Gunslinger yang terakhir. Beliau telah lupa tugas utamanya dengan berdendam pada Walter.

Manakala Jake Chamber diburu oleh Walter kerana ia mempunyai kuasa minda yang kuat dan melalui kuasa minda mereka, Walter boleh memanipulasi kuasa mereka untuk memusnahkan menara gelap.

Sebelum itu, Walter dan kumpulannya pernah menculik kanak-kanak lain dan menggunakan kuasa mereka untuk memusnahkan menara gelap. Kesemua kanak-kanak tersebut di letak di satu kawasan di Dunia Tengah. Di mana terdapat satu fasiliti moden yang menjana kuasa minda kanak-kanak ini menjadi senjata.

Melalui kesinambungan ini, maka Roland dan Jake bersama-sama menjaga keselamatan mereka dan mencari jalan untuk pergi ke kawasan yang menyimpan kanak-kanak tersebut dan musnahkan kawasan tersebut.

Rating filem The Dark Tower ini kaki wayang berikan 4/5. Sebuah filem yang menarik tapi agak lembab perjalanannya. Itu tidak mengapa kerana episod pengenalan memang macam ini. Yalah, nak kasi tahu penonton apa itu Dark Tower. Sequal kedua mungkin lagi baik!!

Aksi yang ditunjukkan lebih kepada kehebatan Roland sebagai penembak handalan. Boleh tahan ler tapi aku pernah lihat lagi baik.

Walau bagaimanapun filem The Dark Tower ini berbaloi di tonton dengan aksi serta mainan emosi Jake yang kehilangan kedua ibubapanya.