Geostorm - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Geostorm


Geostorm 2017

Hari ini melihat filem terbaru iaitu Geostrom, Bila dengar tajuk filem ini sudah dalamkepala anda berfikir tentang bencana alam. Betul, tapi kali ini bencana alam yang dilakukan oleh manusia sendiri,

Pada tahun 2019 bumi telah mengalami bencan alam yang hebat hingga semua negara telah membuat satelit yang boleh mengawal cuaca supaya perkara yang berlaku lalu tidak berlaku lagi.

Satelit ini dinamakan "Dutch Boy" dan ia dibina oleh Jake pakar saintis. Namun ia telah disalahgunakan oleh pihak lain sebagai senjata dan akhirnya satelit ini yang menyebabkan bencana alam di bumi.

Jake telah dihantar ke setesen angkasa untuk menilai apakah sebab yang berlaku. Adiknya Max iaitu ketua "Dutch Boy" telah mendapati kerosakan satelit itu rupanya dari khianat pihak atasan yang meletakkan virus untuk kuasai satelit cuaca tersebut.

Apakah yang berlaku? Bagaimana Jake dan adiknya Max merancang untuk menyelamatkan bumi ini dimusnahkan oleh "GeoStorm" satelit cuaca tersebut.

Filem ini saya memberi rating 3/5 sahaja. Kerana jalan cerita filem ini biasa-biasa sahaja tetapi teknik digital bencana alam memang terbaik.

Kalau nak cerita tentang teknik digital bencana alam, rasanya anda pun pernah tengok banyak filem sedemikian. Betul tak? Macam itulah bencana alam dengan ribut dan petir dan tsunami.

Jalan cerita filem ini terus to the point, tak der nak belit-belit. Senang nak faham dan itu yang hilang thrillnya. Manakala pelakon yang berlakon semuanya hebat-hebat tetapi ia tidak digunakan sepenuhnya.

Untuk aku sepanjang filem ini ia penuh dengan aksi dan bencana alam. Tak boring menonton filem ini.  Aku kasi rating 3 sebab pelakonnya tidak banyak digunakan semaksimum yang mungkin. Rugi ..